Boleh dikatakan sekarang servis rider penghantar makanan memang senang je nak dikesan kat mana-mana. Ini kerana ia memudahkan orang ramai dan juga dapat menjimatkan masa.
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan dengan merendah-rendahkan kebolehan rider-rider ini. Apatah lagi mengganggap mereka hanya sebagai orang yang menghantar makanan.
Seperti perkongsian di Twitter yang telah tular baru-baru ini, memaparkan insiden melibatkan seorang rider lelaki telah dipukul berkali-kali oleh seorang pemilik kereta dan dipercayai ianya berlaku di Filipina.
Kereta Calar Terkena Basikal, rider Lelaki Berkali2 Mohon Maaf siap nngis, tapi pemndu wanita itu mmukul rider pic.twitter.com/9tCcTUe7kg
— 요시로 왕자 (@Cool_Wannabe82) March 29, 2022
Difahamkan punca dirinya dipukul dengan pemilik kereta tersebut adalah kerana dia telah menyebabkan calar semasa menaiki basikal. Menurut sumber, wanita itu telah merosakkan pemegang basikal rider lelaki itu sebelum bertindak dengan memukulnya.
“Dia tadah je weh…”
Boleh dilihat dengan jelas yang rider tersebut tidak melawan setiap pukulan yang diterima malah dikatakan dirinya tidak berhenti meminta maaf kerana telah menyebabkan kerosakan.
Perkongsian itu telah menyebabkan ramai mengatakan bahawa isu tersebut boleh diselesaikan dengan cara baik dan bukannya menggunakan keganasan untuk menunjukkan rasa marah. Tak kurang juga yang menegaskan bahawa ia mungkin kejadian yang tak disengajakan.
“Compared to you bawak kereta, he’s just riding a bike! This js just a sharing I hope boleh bukak mata ramai orang” – Komen netizen
Dipercayai sehingga ke hari ini masih belum ada makluman terkini tetapi isu itu telah dibawa kepada pihak atasan di Filipina dan orang ramai berharap agar tindakan yang setimpal dikenakan kepada wanita tersebut.
Harapnya rider tu kuat semangat ya! Pagi-pagi lagi dah buat mata min berair ni huwaa!
Baca: “Cari siapa Nadia ni!” – [VIDEO] Rider Kena ‘Scam’, Customer Pesan Makanan Tapi Tak Bayar