in

“Boleh ditegur, perform” – David Teo Anggap Along Cham Disiplin Dalam Kerja

Syaz Ft 2024 12 18T155128.898

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang selebriti ditahan polis kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya, teka-teki siapakah selebriti itu kemudiannya diketahui.

Menurut laporan Utusan Malaysia, pihak polis pagi ini mengesahkan Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, adalah selebriti tempatan yang ditahan itu.


Artikel berkaitan: Selebriti Lelaki Yang Ditahan Dah 8 Tahun Menagih G*nja

Artikel berkaitan: Selebriti Lelaki Disyaki Miliki Ganja Telah Ditahan Di Cyberjaya

Penerbit terkenal tempatan, David Teo bagaimanapun menyifatkan pelakon dan pelawak, Along Cham sebagai individu sangat berdisiplin dan komited pada kerja ketika masih di bawah pengurusan syarikatnya dulu.

553 2

“Saya tak tahu dia (Along) kena tangkap. Tapi, ketika dia bekerja dengan saya dulu, memang semua artis di bawah syarikat saya dijaga agar tidak terbabit dengan barangan terlarang.

Dalam kontrak memang sudah kita tulis. Sekiranya ada juga berlaku, kita akan mengambil tindakan segera. Saya juga akan bising kalau artis syarikat saya terbabit gosip sebab kita nak mereka bersih.

Cuma, Along Cham yang saya kenal adalah seorang dari segi bekerjasama mempunyai disiplin sangat bagus, boleh ditegur dan boleh ‘perform’ tanggungjawab berlakon,” katanya.

Penerbit filem pecah panggung Adnan Sempit itu berkata sehingga kini sudah lama syarikatnya dan Along Cham tidak bekerjasama, melainkan bertanya khabar menerusi kiriman mesej di WhatsApp sahaja.

David berkata, apapun pembabitan penggiat seni dengan dadah merosakkan masa depan kerjaya mereka dan sebaiknya disaran agar menghindarkan diri sebelum terjerumus.

Sumber: Utusan Malaysia, Harian Metro

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.