in

“Boleh chill angkat kain di jemuran” – Netizen Tergamam Tengok Penduduk ‘Rileks’ Masa Gunung Berapi Meletus

Letus7 E1610852803676

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

KIta semua sedia maklum bahawa letusan gunung berapai Sinabung Indonesia telah memberi impak terhadap ruang udara di Malaysia.

Tidak dinafikan kita yang tinggal jauh dari tempat kejadian pun rasa tak tahan dengan bahangnya. Tetapi terkejut apabila ada netizen kongsikan video kejadian di mana dalam rakaman itu penduduk kampung berhampiran dengan lokasi kejadian dilihat begitu santai.


 

Sinabung meletus kembali

Difahamkan, tahap kepanasan gunung berapi meletus itu dari 200 hingga 700 darjah celsius malah boleh menjangkau sampai 1000 darjah! Lebih gerun lagi, kelajuan aliran lava yang mengalir itu boleh menjangkau 80 kilometer sejam! Namun, pernah juga mencecah 700km sejam!

Tapi kalau diperhatikan video berdurasi 28 saat itu, dilihat penduduk berhampiran nampak tenang macam tak ada apa-apa berlaku.

Bak kata netizen kita…..

Tatkala Gunung Berapi Sinabung dekat Sumatera, Indonesia dah mula meletus penduduk area situ masih boleh chill dan angkat kain di jemuran ya. Kalau aku awal-awal lagi dah cabut larikan diri sebab xpernah tengok kejadian macam tu.”

Malah, ada juga yang beranggapan bahawa ada kemungkinan mereka semua sudah terbiasa dengan kejadian ini.

Letus Letus2 Letus3

Tapi tertanya-tanya juga cuaca agak panas ditambah pula dengan letusan yg dekat tu, kita malam-malam yang duduk jauh ni pun rasa bahang.

Baca : “Patutlah bahang gila” – Gunung Berapi Sinabung Meletus, MetMalaysia Beri Amaran Asap Debu Sudah Masuk Ruang Udara Malaysia

Gunung

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.