in

“Boleh buka semula tetapi…” – Rumah Bonda Dibenarkan Beroperasi Kembali

rumah bonda dibuka semula

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Majistet hari ni membenarkan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur di Setapak yang dikenali sebagai Rumah Bonda ini dibuka semula dengan syarat ianya tidak boleh lagi beroperasi sebagai pusat jagaan.

Menurut laporan Berita Harian, rumah perlindungan yang telah dikenakan tindakan Lak (penutupan) pada 12 Julai tahun lalu selepas menerima Notis Lak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) atas sebab tidak didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.


Perintah untuk menanggalkan Lak dibenarkan oleh Majistret Nur Syafiqah Noorinda hari ini (15 Julai) selepas dipohon oleh Rumah Bonda melalui pengerusinya Siti Bainun dalam saman pemula yang difailkan pada 7 Jun lalu terhadap JKMWPKL agar premis tersebut dibuka semula.

1130718

Menurut peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili Rumah Bonda selaku plaintif berkata kepada media bahawa perintah menanggalkan Lak diberikan Mahkamah Majistret di bawah Seksyen 16A, Akta Pusat Jagaan 1993 dan perkara tersebut tidak dibantah JKM.

Melalui perintah berkenaan, Rumah Bonda juga perlu mengaku janji bahawa premis mereka tidak lagi akan digunakan sebagai pusat jagaan, jelas peguam tersebut lagi.

Tambahnya, Rumah Bonda telahpun dikompaun dan sudah menjelaskan bayaran kompaun tersebut berjumlah RM5,000 pada 25 April 2022.

WhatsApp Image 2021 08 04 at 3.44.06 PM

Dalam prosiding berkenaan, Pengarah JKMWPKL diwakili Peguam Persekutuan, Fatin Shafira dan melalui afidavid sokongan yang difailkan bersama saman permula berkenaan, Siti Bainun berjata, Pertubuhan Rumah Bonda ditubuhkan pada 31 Januari 2019 dan pada awalnya beroperasi di Laman Residen, Kipark Seri Utara sebelum berpindah ke Taman Setapak pada 27 Oktober 2020.

Di Setapak, rumah perlindungan tersebut dikenali sebagai Rumah Bonda dan sepanjang ia beroperasi, ia terletak dibawah pengawasan dan pemantauan JKMWPKL dan menurut Bainun, dia menerima Notis Lak daripada JKMWPKL yang memaklumkan rumah tersebut ditutup mengikut Seksyen 16(1), Akta Pusat Jagaan 1993.

Tambahnya lagi, tindakan Lak yang dibuat atas alasan Rumah Bonda tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 adalah tidak adik kerana pihak JKMWPKL mengetahui bahawa ianya dalam proses permohonan pendaftaran.

Pada 20 April 2022, rumah itu telah menerima notis tawaran kompaun berjumlah RM5,000 daripada JKMWPKL mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 (Pengkompaunan Kesalahan), di bawah Seksyen 21A dan Seksyen 24 Akta Pusat Jagaan 1993, sehubungan itu ia membuat bayaran penuh kompaun itu pada 25 April 2022.

Bagaimanapun Siti Bainun berkata, beliau kecewa apabila dimaklumkan oleh Pegawai Penguatkuasa JKMWPKL bahawa, Rumah Bonda hanya boleh dibuka melalui satu perintah mahkamah walaupun kompaun telah dijelaskan sepenuhnya.

Menurutnya, selepas Lak tersebut dilaksanakan, beliau, ahli jawatankuasa dan sukarelawan tidak lagi mempunyai akses ke rumah berkenaan sekali gus menyukarkan usaha permohonan pendaftaran dan tidak boleh menjalankan kerja amal lain.

Baca : Siti Bainun Menangis, Sebak Tengok Kelibat Adik Bella Di Mahkamah

ft siti bainun menangis tengok bella

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.