Semalam, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang mangsa keracunan makanan akibat puding buih di Terengganu. Semoga keluarga mangsa tabah dengan ujian ini.
Difahamkan, puding buih tersebut telah dibuat menggunakan telur yang telah tamat tempoh. Jadi, kali ini, Public Health Malaysia telah kongsikan tanda-tanda telur telah rosak.
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/2647737452182777
Antara tanda-tanda telur ayam yang korang beli tu rosak adalah kulit telur akan berlendir. Itu menunjukkan telur tersebut telah dicemari dengan bakteria.
Ingat, Salmonella tu bahaya dan boleh menyebabkan cirit birit, muntah-muntah dan dehidrasi.
Selain tu, kalau kulit telur yang nak digunakan tu retak, korang wajib buang telur sebab besar kemungkinan bahan masakan tersebut dah tercemar.
Untuk telur yang korang dah tak ingat bila tarikh luput, boleh letakkan telur dalam air. Kalau telur tu terapung dalam air, maknanya telur tu dah lama. Jadi, jangan nak kedekut sangat. Korang kena beli telur baru lah.
Manakala, jika ada lapisan berdebu pada telur, itu bermaksud telur ayam telah berkulat. Jadi, elakkan dari menggunakannya dalam masakan.
So, jangan lupa check dulu keadaan telur ayam tu sebelum masak.
Baca: “Kalau jumpa kedai jual macam ni, jangan beli” – Telur Pecah Memang Murah, Tapi Bahaya