in

BOH Sambut Ulang Tahun Ke-95 Bawakan Tema ‘Bru Untuk Masa Hadapan’

Ft Boh

BOH, pengeluar teh terbesar di Malaysia dan penanam teh yang dipercayai dari Cameron Highlands, meraikan Ulang Tahunnya yang ke-95 baru-baru ini dan telah mengadakan sambutan komuniti yang meriah dianjurkan di 1Utama di Petaling Jaya.

Bertemakan ‘95 dan Bru Untuk Masa Hadapan’, sambutan ini berlangsung sehingga
Ahad, 21 Julai lalu.

Perjalanan jenama BOH selama 95 tahun bermula pada tahun 1929 apabila pengasas BOH,
J.A. Russell, bersama dengan penanam veteran A.B. Milne, membangunkan ladang teh
pertama di Malaya, iaitu Ladang BOH, di Cameron Highlands. Ianya, sewaktu Zaman Kemelesetan
Besar di mana kemelesetan ekonomi telah bermula. Walaupun begitu, ia langsung tidak
mematahkan semangat mahupun pandangan jauh Russell kerana beliau melihat wujudnya
peluang besar dalam industri teh.

Nama BOH berasal daripada ‘Bohea’, bukit di Wilayah Fujian, yang terkenal dengan gred teh
premium dalam perdagangan awal teh di China. Lantas, bermulalah sebuah legasi teh yang kukuh bertapak di Malaysia.

452047699 894404602719140 3367060025823434002 N

BOH, di bawah kepimpinan dan visi mantan Pengerusi, mendiang Datuk Tristan Russell, telah
memodenkan seni pembuatan teh dengan melabur dalam teknik dan infrastruktur inovatif
yang meninggalkan impak perubahan terhadap operasi BOH. Sebagai sebahagian daripada
sambutan ke-95 BOH, teh edisi terhad, Tristan’s Reserve, telah dikeluarkan khas sebagai
penghormatan istimewa buat insan ini.

Kini, 95 tahun setelah ia ditubuhkan, BOH terus berdiri teguh dalam pasaran. Sebagai salah
satu daripada beberapa syarikat teh yang masih mengawal sepenuhnya keseluruhan proses
pembuatan hingga ke pemasaran teh, BOH menghidangkan teh menyegarkan kepada
pengguna, dari ‘ladang teh ke cawan teh’.

Dalam ucapannya di sambutan komuniti, Caroline Russell, cucu J.A. Russell dan kini
Pengerusi Eksekutif BOH, mengucapkan terima kasih kepada komuniti atas sokongan dan
kepercayaan luar biasa yang diberikan kepada BOH sepanjang dekad ini.

“Tatkala kita maju melangkah ke hadapan, BOH sentiasa berpandangan jauh dan di samping
terus prihatin untuk memelihara kelestarian (sustainabiliTEA) kami. Malah kami terus
memupuk hubungan kami bersama komuniti, dalam usaha kami untuk membina masa
hadapan yang lebih baik berteraskan visi Bru Untuk Masa Hadapan (Brewing for Tomorrow).
Ini membentuk sebahagian daripada jati diri BOH.

“Harapan kami yang tulus ialah komuniti kami, baik hari ini mahupun hari esok, dapat
membina hubungan erat dan ikatan mesra ketika mereka berkongsi pengalaman, menambah
baik kesejahteraan mereka dan menikmati pelbagai detik Ummph bersama. Secawan teh
BOH dapat membantu menghubungkan kita dengan diri kita sendiri, rakan-rakan dan
keluarga kita, dan juga Bumi,” kata Caroline.

452052489 894404866052447 2614584988736094036 N 451342215 894405342719066 3574043430257127671 N

Menyelusuri tahun-tahun perjalanannya, BOH telah mengembangkan rangkaian tehnya
untuk memenuhi citarasa pelanggan di dalam dan di luar negara. Pilihan ini turut
menampilkan teh hitam, teh dari satu ladang, teh hijau, teh ais, teh campuran segera, teh
herba dan buah-buahan, serta teh berperisa.

Berfokuskan teh untuk masa hadapan dengan gaya hidup yang lebih sihat, BOH baru-baru ini
telah mengeluarkan Imunitea, teh susu segera perisa Hazelnut pertama di Malaysia yang
diperkaya dengan Wellmune®, beta glucan semulajadi terkemuka yang telah terbukti secara
klinikal membantu menguatkan sistem imun.

Hari ini, BOH mempunyai tiga ladang teh di Cameron Highlands yang meliputi 1,000 hektar
tanah pertanian yang subur. Secara kolektif, ladang teh BOH, Fairlie, dan Sungei Palas
menghasilkan 2.8 juta kilogram teh setiap tahun. Secara keseluruhannya, 5.0 juta cawan teh
BOH dihidangkan setiap hari.

Stpc Gallery 4

Mengulas bagaimana BOH telah mengintegrasikan kelestarian ke dalam keseluruhan
operasinya, Jason Foo, Ketua Pegawai Eksekutif BOH Plantations, menjelaskan, “Sebagai
penanam teh yang bertanggungjawab, kami sentiasa berusaha untuk memahirkan lagi
kepakaran kami dalam seni pembuatan teh.

Seiring dedikasi ini, kami juga nekad untuk beroperasi tanpa merosakkan alam sekitar dan yang lebih penting, untuk menjana semula alam sekitar. Oleh itu, kami telah memulakan pelbagai inisiatif di seluruh operasi kami dimana semua ini menyokong usaha BOH untuk terus mencorak masa depan yang lebih baik, sambil mengekalkan komitmen kami terhadap Kelestarian (SustainabiliTEA) dan Komuniti (CommuniTEA).

“Kira-kira 45% daripada tanah kita di Cameron Highlands dikekalkan sebagai hutan.
Ekosistem yang seimbang ini memelihara biodiversiti dan integriti tanah.

“Antara amalan pertanian bertanggungjawab kami ialah dengan memilih hanya teh yang
terbaik untuk penanaman, menanam tumbuhan anti-perosak untuk mengurangkan
kebergantungan kepada racun serangga dan menanam rumput untuk menguatkan lagi tanah
bagi mencegah hakisan.

“Selain itu, di pusat-pusat teh kami yang juga merupakan destinasi pelancongan popular,
kami menggunakan straw kertas biodegradasi dan beg oksodegradasi manakala sisa
makanan dikomposkan menjadi baja.

“Kami telah beransur-ansur menukar hampir semua pembungkusan kami kepada bahan
yang boleh dikitar semula dan terbiodegradasi serta menggunakan kertas Forest
Stewardship Council (FSC) yang diiktiraf diperolehi dari hutan yang diurus dengan
bertanggungjawab.”

“Panel solar yang dipasang di kilang-kilang kami juga menyediakan tenaga solar untuk
mengurangkan kebergantungan kami kepada bahan bakar fosil dan mengurangkan pelepasan
karbon dioksida,” katanya.

Salah satu acara utama sambutan ulang tahun ke 95 ialah inisiatif BOH Wish Tree. Komuniti
telah dijemput untuk menulis buah fikiran mereka tentang bagaimana mereka boleh
bersama-sama BOH dalam mencorak masa depan yang lebih baik untuk kelestarian Bumi
kita.

Untuk setiap ‘wish card’ yang diterima, BOH akan menyumbangkan RM 20 kepada Pusat
Pemuliharaan & Penyelidikan Hutan Hujan Tropika (TRCRC) untuk menyokong usaha-usaha
Biodiversiti Bandar. BOH menjangkakan untuk mengumpul 1,000 kad dan akan membuat
sumbangan keseluruhan sebanyak RM 20,000 untuk membiayai pengumpulan kira-kira 500
anak benih baru. Anak benih ini akan disemai oleh TRCRC untuk aktiviti menanam pokok di
masa depan, demi meningkatkan biodiversiti bandar.

Para peserta juga berpeluang untuk menghadiri bengkel pendidikan dan praktikal ‘Caring for
Our Forest’ yang ditaja sepenuhnya oleh BOH. Bengkel tersebut akan diadakan di Elmina Rainforest Knowledge Centre TRCRC di Shah Alam pada Sabtu, 5 Oktober 2024, sempena Hari Habitat Sedunia
2024. Mereka juga berpeluang untuk melaksanakan pemindahan anak benih.

Sementara itu, duta jenama BOH, Fazura, telah melancarkan koleksi tudung terbaru Tudung
Fazura, yang direka khas untuk Ulang Tahun ke-95 BOH. Sementara itu, Azira Shafinaz juga telah
membuat penampilan khas pada 20 Julai dengan persembahan istimewa.

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai aktiviti dan permainan menarik telah dianjurkan untuk
penglibatan komuniti.

Ikuti laman web BOH  dan platform media sosial – Facebook, Instagram dan TikTok untuk ketahui lebih lanjut bagaimana BOH mencorak masa depan yang lebih cerah melalui visi terbarunya, BOH, Bru untuk masa hadapan.