Siapa tak kenal dengan penyanyi baru yang sedang meningkat naik, Haqiem Rusli?
Sabtu lepas, menerusi program satu program CSR anjuran Hot FM bersama Lembaga Zakat Selangor, Haqiem Rusli bersama Aizat join penyampai radio Ajak Shiro berkunjung ke rumah asnaf di Rawang, Selangor yang bernama Abang Zul.
Sesi lawatan ni telah dikongsikan kat page Twitter Hot FM yang tiba-tiba jadi panas sebab ramai netizen katanya tak suka dengan sikap ‘biadap’ Haqiem Rusli. Aikkk??
Harini @ajak_official bersama @AizatAmdan dan @HaqiemRusli akan berlintas langsung di Facebook Live Hot FM pada pukul 1petang untuk kongsi rezeki bersama Lembaga Zakat Selangor di Rumah Asnaf, Rawang #ZakatSelangor #KongsiRezeki pic.twitter.com/6QrWwacjFk
— Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976) December 1, 2018
“Kesian ya. Muda lagi tapi mata dah tak nampak, telinga dah tak dengar”
Mungkin bagi setengah orang benda ni nampak biasa je, tapi kebanyakan netizen anggap Haqiem Rusli biadap sebab pakai shades dan selit airpods kat telinga semasa melawat orang sakit.
Perbuatan tu nampak macam Haqiem ni tak berapa ‘ikhlas’ sangat dalam melawat mangsa dalam kesusahan.
“Kalau nak berkaca mata on stage orang tak kisah dah… tapi kat tengah buat program CSR kot. Apa jadahnya?”
Malah ada yang tuduh Haqiem acah baik je dan siap ada yang pertikai kenapa Haqiem duduk atas kerusi, Aizat pulak sanggup bersila kat lantai. Aduh dahsyat jugak korang hentam si Haqiem ni. Karang dia depression macam mana?
“Wow! Sunglasses dan earpod je korang nampak? Kebaikan yang dia buat korang tak nampak ke?
Macam manapun, fans kesayangan Haqiem come to the rescue dengan pertahankan tindakan Haqiem dan minta orang ramai tengok sisi baik penyanyi ni. Mungkin Haqiem tak sengaja nak bergaya macam tu kan? Chill la guys!
Apa-apapun eloklah kita melihat kebaikan yang orang lain buat daripada sibuk mencari kesilapan yang mereka lakukan. Nak mengecam pun biarlah berpada-pada. Boleh depress penyanyi tu dibuatnya.
Baca: Tak Puas Hati Keputusan Lagu Final, Peminat Haqiem Rusli Nak Boikot AJL33