in

BMI Tidak Boleh Melebihi 28 Antara Syarat Baru Untuk Anggota Polis Malaysia Naik Pangkat

Anggota Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan perlu memastikan indeks jisim badan atau BMI mereka tidak melebihi 28 jika mahu layak untuk kenaikan pangkat, lapor Sinar Harian.

Ini kerana antara syarat kelayakan tambahan untuk pegawai dan anggota polis layak dinaikkan pangkat ialah mereka perlu memastikan BMI mereka kurang daripada 28.


Syarat terbaharu ini telah diumumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

5 2

Artikel Berkaitan: Pegawai & Anggota Bomba Terlebih BMI Tak Boleh Naik Pangkat & Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Artikel berkaitan : “Ini agak membimbangkan” – Penduduk Putrajaya Tersenarai Sebagai Paling Obes, Kurang Bersukan

Kriteria tersebut difahamkan dilaksanakan untuk memastikan tahap kesihatan dan kemahiran anggota polis agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara dan seluruh masyarakat di Malaysia.

6 2
Foto Hiasan

Pelaksaan e-Kursus dan Penilaian Kompetensi Dalam Talian atau PeKAT juga akan dilakukan untuk menambah baik dasar Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis.

Dalam masa yang sama, menurut Ketua Polis Negara juga, proses kenaikan pangkat PDRM bakal diperkasakan agar ia menjadi lebih adil dan telus sekali gus dapat membendung isu pilih kasih dan sebagainya.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.