in

Bintang Kecil 2023 Teruk Dikecam Sebab Salah Umum Juara, RTM Tampil Beri Penjelasan

pertandingan bintang kecil 2023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertandingan Bintang Kecil 2023 yang melabuhkan tirainya semalam telah dikritik dan dikecam orang ramai susulan gimik ketika mengumumkan juara pertandingan.

Menerusi video tular pertandingan yang diadakan secara langsung di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Sarawak, gandingan hos Azam Pitt dan Sweet Qismina dilihat melakukan kesilapan mengumumkan juara dan naib juara pertandingan itu.


Bukan itu sahaja, acara tersebut turut dikejutkan dengan insiden kesilapan pengumuman pemenang peserta terbaik yang disifatkan sebagai satu gimik oleh pengacara.

Artikel berkaitan: “Alahai, budak-budak kot” – [VIDEO] Netizen Tak Setuju Mas Idayu Tengking Peserta Nyanyian Kanak-kanak

@lanyishak

Harap di perbaiki di masa akan datang.. #kemuncakbintangkecil2023 #tenangisgood #bahagiacarakita

♬ original sound – Lany Ishak – Lany Ishak collection

Susulan insiden itu, ramai yang mengecam pihak produksi dan pengacara kerana melakukan gimik yang dianggap melampau terhadap emosi kanak-kanak.

Ketua Pengarah RTM mohon maaf

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Datuk Suhaimi Sulaiman menjelaskan kesilapan teknikal menjadi punca kesilapan pengumuman pemenang pertandingan.

Suhaimi berkata, lampu spotlight sepatutnya menyala dan dipancarkan kepada juara iaitu Fateeha Nasleen Suhailin atau Kiki dari Sabah sebaliknya dihalakan kepada Nurfarina Farha Abdul Zahir yang mendapat tempat kedua.

Susulan kesilapan itu, Suhaimi memohon maaf kepada kedua peserta terbabit atas kesilapan sehingga menimbulkan kekeliruan dan kemarahan penonton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suhaimi Sulaiman (@suhaimisulaiman)


Dalam pada itu, Suhaimi menjelaskan Azam Pitt cuba menyelamatkan kesilapan yang berlaku namun ia sukar disebabkan lampu spotlight itu sudah tersangkut.

“Azam cuba membetulkan keadaan, tetapi agak terlambat sebab lampu sudah terlalu lama menyala dan tak dapat bergerak hingga tersekat, sekali gus memberi tekanan.

“Saya yang berada di atas pentas dapat rasakan tekanan ini. Saya mendoakan kejayaan berterusan buat Kiki dan Farha,” katanya.

Sementara itu, Sweet Qismina turut memohon maaf dan menerima dengan hati terbuka segala kritikan yang dilemparkan susulan insiden terbabit.

“Saya minta maaf atas kesilapan tersebut dan perkara ini akan jadi pengajaran untuk saya di masa akan datang.

“Saya juga sudah berjumpa Farha dan Kiki secara peribadi untuk memohon maaf dan mereka menerima secara baik,” ujarnya.

Katanya lagi, dia tidak membaca komen-komen media sosial yang menghentamnya gara-gara kesilapan tersebut.

Sumber: Berita Harian, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.