Siapa je yang tidak kenal bintang hebat bola sepak dunia Cristiano Ronaldo. Yang tak minat bola sepak pun mesti kenal dengan penyerang handal pasukan bola sepak kebangsaan Portugal dan kelab Juventus ini.
Namun, semalam tular di media sosial berita tentang Cristiano Ronaldo kini disahkan positif Covid-19 selepas menentang pasukan Perancis.
Berita ini telah dimaklumkan sendiri oleh pasukan kebangsaan Portugal melalui akaun Twitter rasmi mereka yang telah dimuat naik semalam, 13 Oktober.
Pemenang lima kali Ballon d’Or itu kini dikatakan telah meninggalkan pasukan Portugal untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah memandangkan beliau tidak mengalami sebarang sakit atau bergejala.
Perlu mengasingkan diri selepas positif ujian Covid-19
Cristiano Ronaldo will need to isolate after a positive COVID-19 test.
Italy's new quarantine rules require at least a 10-day isolation period.
Juventus play Barcelona in 15 days ⏳ pic.twitter.com/aLYqfXl2IO
— B/R Football (@brfootball) October 13, 2020
Berdasarkan postingan yang telah dimuat naik oleh @brfootball, Cristiano Ronaldo dikehendaki mengasingkan diri selepas disahkan positif ujian Covid-19 yang dilakukan terhadapnya.
Selain itu, caption yang dimuat naik itu juga memberitahu bahawa undang-undang baru kuarantin di Itali adalah sekurang-kurangnya 10 hari bagi individu yang positif Covid-19.
Terdapat juga pengumuman bahawa Juventus akan menentang Barcelona dalam masa 15 hari lagi.
Terlepas perlawanan
Penyerang Juventus itu juga dikatakan terlepas perlawanan Liga Bangsa-bangsa UEFA menentang Sweden pada hari ini akibat Covid-19.
Walau bagaimanapun, skuad Portugal kesemuanya disahkan negatif Covid-19 begitu juga dengan skuad Perancis.
Walaupun kecewa pemain handal itu tidak dapat bermain, namun jurulatih Portugal, Fernando Santos mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap ahli pasukannya yang lain supaya dapat membuat yang terbaik dalam perlawanan yang akan berlangsung.
Tidak ada pasukan yang dapat menjadi lebih baik tanpa pemain terbaik di dunia tetapi pasukan ini telah menunjukkan bahawa secara kolektif memiliki kemampuan untuk mengatasi situasi ini
Santos juga mengatakan bahawa Ronaldo berjaya menguruskan situasi ini dengan sangat baik. Beliau dikatakan telah mengasingkan diri di dalam bilik dan sering memaklumkan kepada rakan sepasukannya dari balkoni biliknya untuk turut bertanding.
Dia benar-benar tidak ada simptom, dia sihat tanpa gejala dan tidak tahu apa yang berlaku. Dia baik-baik sahaja dan sedang berjemur. Dia akan kembali apabila bersedia
Get well soon champ! – Netizen
Postingan yang telah dimuat naik ini berjaya meraih perhatian netizen-netizen yang rata-ratanya bersimpati dan mengucapkan kata-kata semangat kepada Ronaldo supaya cepat sembuh.
Apa-apa pun semoga CR7 cepat sembuh dan kembali beraksi untuk perlawanan yang akan datang.