in

Bina Eiffel Tower Macam Di Paris, Cubaan China Cipta ‘Paris Tiruan’ Menemui Kegagalan

cover 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila terbaca sahaja perkataan ‘Made in China’, benda pertama yang sering muncul dalam fikiran kita adalah barangan tiruan atau kurang berkualiti.

Mana tidaknya, kebanyakan barang tiruan yang wujud dalam dunia ini dibuat di negara China. Malah, pernah juga tular beberapa video berkenan makanan palsu yang kelihatan sama seperti makanan yang asal di China.


Namun tahukah anda, sebenarnya bukan barangan dan makanan sahaja yang China pernah tiru. Bandar yang terkenal di negara lain juga ditiru oleh negara ini atas dasar untuk menarik perhatian pelancong tempatan dan luar.

a 3

paris syndrome 7 1

Menara Eiffel yang terletak di kota cinta, Paris merupakan salah satu bangunan popular yang pernah dibina oleh kerajaan China. Menara Eiffel ini dibina di Tianducheng yang terletak di timur bandar Hangzhou.

Jika dilihat gambar-gambar yang dipamerkan dalam laman web National Geographic, bandar Paris tiruan di China ini memang seakan-akan macam bandar Paris di Perancis.

paris syndrome 12

paris syndrome 13

Setiap mercu tanda penting di bandar Paris juga ditiru tanpa sedikit pun perbezaan. Bangunan rumah dan kedai yang terletak di sekitar menara Eiffel dibina dengan rekaan dan warna yang sama.

Malah, susunan dan jarak di antara bangunan juga kelihatan persis seperti bandar Paris yang tulen.

Tidak cukup dengan itu, setiap lokasi popular yang menjadi tempat pengunjung bergambar di Paris juga direka dengan penuh teliti.

Jika anda lihat gambar di bawah, terdapat satu sudut kecil di Paris yang memperlihatkan menara Eiffel dari jauh. Siapa sangka, China berjaya mencipta lokasi ini dengan penuh teliti dan hampir sama.

paris syndrome 2 1

Bangunan dan monumen penting di Paris seperti patung, pintu gerbang, air pancut dan beca juga direka dengan ‘rasa’ Perancis untuk memberikan pengunjung suasana yang sama.

paris syndrome 40

paris syndrome 22

paris syndrome 35

paris syndrome 39

Tianducheng dahulunya kawasan mundur

Sebelum bandar Paris palsu ini dibina, Tianducheng sebenanya merupakan sebuah kawasan yang mundur. Hal ini membuatkan kerajaan China mahu membangunkan semula kawasan ini menjadi lebih maju dan indah, di samping merancakkan lagi ekonomi penduduk di situ.

Hasil daripada idea tersebut, kawasan Tianducheng dibangun menjadi bandar Paris di Perancis dengan harapan agar para pelabung asing berminat untuk melabur di kawasan ini.

paris syndrome 4

Untuk rekod, projek bandar Paris palsu ini dimulakan pada tahun 2007 dan kerajaan China mensasarkan penempatan seramai 10,000 penduduk di bandar ini. Namun, bandar Paris palsu ini seolah-olah gagal apabila hanya sekitar 1,000 penduduk sahaja yang dilaporkan menetap di situ.

Difahamkan, harga sewaan tanah dan gerai di situ adalah terlalu mahal, membuatkan bandar ini kurang mendapat sambutan para pelabur. Malah, rata-rata pengungjung yang hadir hanyalah unuk tujuan mengambil gambar perkahwinan berlatarbelakangkan menara Eiffel di Tianducheng.

Untuk rekod, bandar Paris tiruan ini bukanlah satu-satunya bandar yang ditiru oleh negara China. China pernah membina beberapa bandar dan monumen popular seperti Tower Bridge di London, Jackson Hole di Wyoming, dan Venice di Italy.

a42159a9 319e 4b0a bfba c2126469439f

Meskipun bandar-bandar ini nampak megah dan mampu menarik perhatian pelancong domestik dan luar, penduduk di situ merana kerana kos kehidupan yang semakin meningkat.

Semoga tiada lagi bandar yang dikorbankan oleh kerajaan China hanya untuk meniru bandar popular di negara luar.

 

Kredit: National Geographic, ABC News, CNN

 

BACA: Digelar Kondominium Tercantik Di Dunia, Ini Kisah ‘The Interlace’ Di Singapura

cats 26

Sumber: NextShark
Sumber: NextShark
Sumber: NextShark
Sumber: NextShark
Sumber: NextShark
Sumber: NextShark
Sumber: NextShark
Sumber: NextShark
Sumber: NextShark
Sumber: NextShark

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.