Perjanjian untuk memiliki kelab bola sepak terkemuka dunia, Manchester United dijangka bakal memecahkan rekod penjualan perniagaan sukan. Pemilik semasa kelab, keluarga Glazer, sedang mencari pemilik baharu kelab itu dengan penilaian setinggi 7 bilion pound (bersamaan kira-kira RM 37.3 Bilion).
Sheikh Jassim Bin Hamad Al Thani, anak kepada bekas Perdana Menteri Qatar, telah melancarkan bidaan untuk membeli kelab Liga Perdana United Kingdom, Manchester United, yang pemiliknya yang berpangkalan di Amerika Syarikat melancarkan proses penjualan rasmi lewat tahun lalu.
Memetik laporan Al Jazeera, kelab dengan rekod gelaran juara 20 kali Liga Perdana Inggeris telah meminta pembeli yang berminat untuk menyerahkan jumlah bidaan dan bukti dana untuk dinilai.
Sheikh Jassim telah membida untuk membeli kelab itu melalui Yayasan Nine Two dan akan berusaha untuk melabur dalam pasukan bola sepak, pusat latihan, stadium dan infrastruktur yang lebih luas. Bidaan yang ditawarkan oleh bilionaire Qatar itu adalah sebanyak 4.6 Bilion Pound (bersamaan kira-kira RM 24.5 billion).
Tawaran daripada billionaire Qatar itu adalah salah satu daripada pelbagai tawaran yang telah diterima United. Selain itu, jutawan United Kingdom, Jim Ratcliffe, pengasas firma kimia INEOS, adalah pembida lain yang rurut berminat untuk memiliki Manchester United.
Keputusan pemilikan Manchester United bakal diketahui umum tidak lama lagi.
Baca: Komen Nak Jersi MU Di IG Istana Negara, Lelaki Tak Sangka Dapat Hadiah Dari Permaisuri Agong