Apabila kita melancong ke luar negara, pastinya kita akan membeli sedikit cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
Begitu juga apabila kita menjejakkan kaki di tanah suci, selepas beribadah biasanya ramai yang berjalan di sekitar Mekah dan Madinah untuk membeli barangan sebagai tanda ingatan.
Pun begitu, baru-baru ini sebuah perkongsian oleh pengguna TikTok @fasrol44 mengingatkan agar sesiapa yang pergi ke Madinah untuk berhati-hati kerana terdapat peniaga di sana yang tidak jujur dan agak agresif.
@fasrol44 HATI2 Yg mana ad dekat madinah tu, mesti ramai yg dh terkena Jaga2 jln dpn kedai ni,main tarik2 org pakse org sruh beli pastu ambik duit dkt tgn org,bila mntak pulangkan blk taknak,bila mntak pulangkn elok2 taknak bile dah rakam bru tau nk gelisah,macam ni org berniaga pom ad ke, tolong mintak sebarkan video ini biar sampai dkt pihak berwajib sebelum ramai lagi yg terkena. #madina #madinah
“Hati-hati yang mana ada dekat Madinah tu, mesti ramai yang dah terkena. Jaga-jaga jalan depan kedai ni, main tarik-tarik orang paksa orang suruh beli pastu ambik duit dekat tangan orang.
Bila minta pulangkan balik taknak, bila minta pulangkan elok-elok taknak bila dah rakam baru tau nak gelisah,
Macam ni orang berniaga pun ada ke, tolong mintak sebarkan video ini biar sampai dekat pihak berwajib sebelum ramai lagi yang terkena,” tulisnya di kapsyen.
Difahamkan, individu berkenaan sedang lalu di hadapan kedai tersebut dan kemudian ditarik oleh peniaga tersebut, duitnya dirampas sedangkan barangan masih belum diberi.
“Saya pernah kena juga!”
Menjengah ke ruangan komen, rupanya ramai lagi yang pernah terkena dengan peniaga-peniaga sebegitu.
Dekat mana pun korang pergi, sentiasa berhati-hati ok?
Baca: “Air tebu ke air tangan” – Peniaga Air Tebu Dikecam Sebab Tak Jaga Kebersihan, Rupanya...