in

“Bila nak berubah?” – Sambutan Hari Merdeka Meriah Tapi Banyak Sampah Dibuang Merata-rata?

Sampah Hari Merdeka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan hari merdeka merupakan salah satu acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, tahun ini sambutan itu diadakan di Putrajaya.

Tahun ini ternyata disambut lebih meriah dan menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia, dianggarkan lebih 100,000 penonton hadir ke acara tersebut.


Pun begitu, terdapat satu perkara yang sering menjadi perhatian ramai ketika adanya acara yang disambut besar-besaran seperti ini.

Cats 1

Isu yang dimaksudkan ialah kebersihan dan penganjuran Hari Kebangsaan tahun ini memperlihatkan tabiat buang sampah merata-rata oleh segelintir pengunjung yang hadir ke acara tersebut.

Menurut laporan Buletin TV3, sampah sarap kelihatan bersepah di kaki lima jalan raya serta pejabat kerajaan di situ.

Lebih menghampakan, terdapat banyak sampah seperti botol air minuman, makanan malah Jalur Gemilang yang dibuang di bahagian grandstand.

Penyelia kontraktor pembersihan, Syarikat Alam Flora Bhd. Umar Amsyar Redza, berkata seramai 53 orang pekerja ditempatkan di Dataran Putrajaya sejak 12 tengah malam pada 30 Ogos bagi memantau dan membersihkan kawasan tersebut.

Dia berkata, sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung meningkat lima kali ganda dan paling menyedihkan orang ramai tidak menjaga kebersihan dengan meninggalkan sisa makanan serta barangan lain seperti tikar serta kotak yang dijadikan sebagai tempat duduk tanpa ada tanggungjawab untuk membuangnya di tong yang disediakan.

Hmm, harap ini jadi peringatan untuk semua…

Baca: Kantoi Buang Timbunan Sampah Ke Kawasan Pantai, Pekerja Pembersihan Kena Pecat

Mbjb Buang Sampah

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.