“Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.” Itulah pepatah yang kita selalu dengar dalam kehidupan seharian. Memang tak dapat dinafikan, buat baik pada orang lain ni amat digalakkan sebab perkara yang baik kita buat tu pasti akan berbalik pada kita. Tapi, apa yang berlaku pada lelaki ni lain pulak…
Menerusi satu perkongsian di laman X, lelaki tersebut bercerita mengenai kisahnya kena pau dengan seorang pengemis ketika sedang makan di sebuah restoran nasi kandar di Ampang, Kuala Lumpur.
Artikel berkaitan: Kecoh di TikTok, Ada Makcik Nak Tapau Lauk Kenduri Tapi Dihalang Staf Katering?
Lelaki ini menceritakan, dia dihampiri oleh seorang pengemis dan tanpa berlengah telah mempelawanya untuk mengambil nasi dan lauk di dalam kedai. Niatnya pada ketika itu mahu belanja pengemis tersebut makan.
“Aku cakap dekat dia, nak makan? Pergi ambil nasi dekat dalam (restoran).”
Tambahnya, pengemis tersebut telah masuk ke dalam kedai dan keluar semula dengan bungkusan nasi sebelum mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
Artikel berkaitan: Chef Ammar Jelaskan Kenapa Ada Caj Ekstra Untuk Tapau, Tapi Ramai Netizen Tak Setuju?
Tanpa disangka, apabila lelaki ini pergi ke kaunter untuk membuat bayaran, dia terkejut bila melihat harga makanan yang dibungkus oleh pengemis tersebut hampir mencecah RM70!
“Nak bayar, terkejut aku apabila dia punya bil seorang je RM70. Ada lauk ayam, daging, sotong dan lain-lain dalam bil tu.”
Rata-rata netizen yang membaca pengalaman lelaki ini telah meninggalkan komen meluahkan rasa simpati mereka. Ada juga yang memberikan nasihat serta menceritakan pengalaman mereka sendiri.
Apa-apa pun, kalau kita nak buat baik dekat orang, kena juga berpada-pada sebab semua orang boleh ambil kesempatan atas kebaikan yang kita lakukan. Ok?
Sumber: X