in

Biji Mangga Jadi Haiwan Peliharaan, Trend Unik Ini Jadi Ikutan Remaja Di China

Cats 74

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di saat remaja lain menjadikan anjing dan kucing sebagai haiwan peliharaan, lain pula kisahnya buat sebilangan besar remaja di China yang menjadikan biji mangga sebagai ‘haiwan peliharaan’ mereka.

Mungkin ia kedengaran pelik, namun trend ini semakin popular di negara itu apabila ramai remaja yang berkongsikan ‘haiwan peliharaan’ mereka di media sosial.


Apabila ditanya mengapa mereka memilih hobi pelik ini, sebilangan menjawab membela biji mangga mempunyai keseronokan sama seperti membela anjing dan kucing.

Kebiasaannya, mereka akan mengambil biji mangga lalu membasuh dengan sabun sehingga saki baki isi dan warna yang ada hilang.

Apabila biji tersebut hanya tinggal bulu, mereka akan mengeringkan ia lalu menggayakan ia dengan hiasan yang cantik dan menarik.

Ada juga yang menggunakan berus gigi untuk menyikat bulu mangga agar kelihatan rapi dan lurus. Memberus biji mangga juga memberi gambaran seolah-olah mereka sedang membelai anjing dan kucing.

https://www.tiktok.com/@k0pinions/video/7258734989322259754?_t=8eO5xNycZ2A&_r=1

Menurut seorang individu yang tidak didedahkan nama, dia gembira dengan hobi memelihara biji mangga kerana aktiviti ini membantu seseorang itu berasa tenang, di samping ia tidak memberi mudarat kepada orang lain.

“Ia bagus kerana boleh menggembirakan saya. Hobi ini juga tidak menggangu orang lain dan tidak dilarang di dalam undang-undang”, ujar individu tersebut kepada sumber.

Ada juga yang menjadikan biji mangga sebagai aksesori lain seperti penyepit rambut dan rantai kunci (keychain). Adakah hobi membela biji mangga akan menjadi satu ikutan di Malaysia? Sama-sama kita nantikan!

Kredit: Straits Times

BACA: Boleh Buka Pintu Sendiri, Aksi Kucing Gergasi Baka Maine Coon Curi Tumpuan

Cats 72

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.