in

BIGBANG Umum Tarikh Comeback 5 April Ini!

fi bigbang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Para VIP semua, korang ada tak rasa bahang bila BIGBANG nak dekat comeback ni? Mesti korang semua tak sabar kan? 

Kalau sebelum ini YG Entertainment sahkan ahli kumpulan BIGBANG, G-Dragon, Taeyang, T.O.P, dan Daesung bakal keluarkan lagu baru, kali ini kumpulan muzik K-pop generasi ke-2 itu sendiri telah mengesahkan tarikh comeback mereka!


Pada 16 Mac lalu, pihak agensi mereka telah mengesahkan bahawa mereka lengkap sesi penggambaran bagi muzik video lagu baharu mereka itu. Dikatakan juga, segala persediaan telah pun berjalan dengan lancar dan tarikh pelancaran album tersebut bakal diberitahu kemudian secara details.

Tengah malam tadi, 21 Mac 2022 (waktu Korea Selatan), YG Entertainment secara rasminya telah mengumumkan satu berita baik buat semua VIP seluruh dunia berkenaan tarikh comeback kumpulan K-pop popular ini selepas empat tahun menyepi!

Sah, BIGBANG bakal kembali dengan lagu baru mereka pada tengah malam 5 April ini! Bukan itu sahaja, pihak agensi dan ahli kumpulan BIGBANG ini juga telah memuat naik sebuah poster teaser pertama mereka di laman Instagram rasmi @yg_ent_official.

https://www.instagram.com/p/CbVJl6uv00U/

 

Dalam salah satu lagu bagi album Flower Road pada Mac 2018 dahulu, BIGBANG ada mengeluarkan bait lirik seperti menjanjikan sesuatu kepada para peminat mereka. Rupa-rupanya itu merupakan hint bagi comeback akan datang ini!

“Ini bukan yang terakhir. Jumpa lagi bila bunga mekar”- BIGBANG

Jadi, korang ecxited tak dengan comeback ni? Agaknya genre muzik macam mana yang BIGBANG akan keluarkan kalini ya…

Sumber: Soompi

 

Baca: Lepas BIGBANG Umum Buat Comeback, T.O.P Pula Nak Lancar Album Solo!

baca bigbang 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.