Isu yang berlaku dekat Palestin sudah banyak muka mata orang ramai tentang siapa benar dan siapa yang salah. Masyarakat di negara-negara bukan Islam pun banyak yang buat protes jalanan sebagai tanda untuk beri sokongan kepada Palestin.
Tak kurang hebat juga sokongan di media sosial bila ramai yang mula tweet menyokong Palestin serta menunjukkan kebencian kepada Israel dengan menggunakan #israHell dan #ihateisrael.
Tapi, kalau fikir logik, bila kita tahu ramai orang tak suka kita, kita mestilah nak elak daripada baca komen-komen negatif itu kan? Oleh sebab itu, ada satu taktik baru yang dibuat di media sosial untuk pastikan penyokong Israel tengok kebencian masyarakat terhadap mereka.
Ingatkan sokong, rupanya tak
Ramai yang fikir kalau kita gunakan hashtag yang menunjukkan kebencian pada Israel, mereka akan baca. Memang silap besar! Lagi diorang akan elak ada lah.
So, ada strategi baru iaitu dengan cara menggunakan hashtag positif mengenai Israel seperti #iloveisrael, #ImWithIsrael, #visitisrael dan #SupportIsrael. Penyokong Israel mesti teruja bila tengok ramai yang kononnya ‘sokong’ Israel bila menggunakan hashtag positif tersebut.
Tapi, dorang tak tahu plot twist di sebalik hashtag positif itu.
Di sebalik hashtag tersebut, penyokong Palestin akan memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan Israel itu sebuah tempat yang sangat teruk dan mempunyai tingkah laku yang sangat kejam terhadap penduduk Palestin.
Ini la orang kata ‘reverse psychology’. Cool kan idea ni?
Hashtag positif tapi ayat negatif
Di Twitter, sudah ramai yang mula menggunakan hashtag positif mengenai Israel tapi tweet diorang adalah tentang kekejaman Israel terhadap Palestin. Biar penyokong Israel sakit hati bila tengok hashtag tersebut. Dia ingat ramai orang nak support Israel tapi dia silap besar la.
Dapat pula rakyat Malaysia yang memang kaki buli dekat media sosial, memang koyak la diorang.
Sumber: Twitter, Jabatan Netizen Malaysia