in

BF Minta Putus Gara-gara ‘Kantoi’ Keluar Rumah Senyap-senyap Pergi Kedai Fastfood Makan Nugget

Nugget2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Teman lelaki minta break up hanya kerana senyap-senyap keluar beli makan? Dengar macam tak logik tapi itulah hakikatnya yang berlaku dekat seorang wanita ini.


Menurut The Sun UK, teman lelakinya suspect yang dia ada hubungan sulit dengan orang lain, tapi sebenarnya teman wanitanya itu hanya beli nugget dekat McDonad’s.

Wanita itu kongsikan perkara lucu tersebut di Reddit dan mendapat perhatian netizen.

Dia menjelaskan bahawa teman lelakinya itu dah jalinkan hubungan selama 3 tahun, ada sesetengah masa teman lelakinya itu seorang vegan.

Jadi apabila mereka ingin pindah sebumbung, dia juga akan jadi vegan sama macam teman lelakinya.

Gf

Tapi lama-lama dia rasa tak tahan selepas dia asyik mengidam McNuggets. Disebabkan itu dia nak lepaskan rasa mengidam itu tanpa memberitahu teman lelakinya.

“Jadi sekurang-kurangnya dua kali seminggu saya akan menyelinap keluar dari rumah dan mengatakan bahawa saya hanya pergi ke pasar raya atau menjalankan tugas dan kemudian saya pergi ke McDonald’s dan makan banyak nugget atau McChicken.”

Gettyimages 1152831498

Bagi nak selindung penipuannya itu, dia akan beli beberapa dekat kedai untuk ‘cover line’.

“Saya buat macam ini dah berbulan-bulan tetapi ex saya mula curiga dan semalam dia ‘meletup’ dan menuduh saya menipu dia kerana berapa kali saya meninggalkan rumah dan enggan membiarkannya ikut dengan saya.”

Dari situ teman lelakinya putuskan hubungan mereka. Dia cuba berterus terang pasal hal ini tapi teman lelakinya enggan percaya.

“Dia ingat saya menipu pergi McD dan dia kata saya cuma nak selindung yang saya meniduri lelaki lain. Tak sangka hubungan kami berakhir dengan benda remeh macam ni.”

Haihhh, mungkin dia cuba nak jaga hati tapi lain pula jadinya, seeloknya kena terus terang, tak perlu kusutkan lagi keadaan.

 

Baca : “Mimpi ngerilah kau” – Wanita Buat ‘Surprise’, Hias Bilik Teman Lelaki Dengan Mesej Curangnya Pada Tiga Wanita Lain

Curangg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.