Hari lahir adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang. Tarikh keramat kelahiran kita itu juga menandakan kita semakin menua setiap tahun.
Ada satu video sambutan hari lahir yang lain dari lain di mana seorang lelaki telah membawa adiknya mengelilingi ibu kota Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat ringan. Korang tengok lah video @holla.heyyo di bawah.
@holla.heyyo Pusing KL tak guna penggangkutan darat?? Jom try cara lain dari yang lain!! @Kadang Kadang studio #jangantuatanpacerita #pusingkl #flight #travelmalaysia #traveltiktok #cessna172 #malaysiatiktok
Siapa sangka rupanya ada servis macam ni untuk kita lihat pencakar langit di Kuala Lumpur kan. Kalau korang teringin nak merasa naik private jet tu mungkin boleh cuba macam lelaki ni buat.
Walaupun nampak gayat dan macam sempit sikit pesawat tu, tapi bila lagi kita nak tengok menara KLCC dari atas kan. Bukan setakat ibu kota je kita boleh tengok, tapi kawasan dan daerah yang berdekatan pun kita boleh nampak sekali.
Siapa yang tak tahu nak buat aktiviti apa cuti hujung tahun ni, mungkin boleh cuba aktiviti ini.