Nampaknya, kes iklan bilik sewa yang menawarkan harga yang mahal dan tidak masuk akal di sekitar Lembah Klang makin menjadi-jadi.
Sudahlah ruang yang disediakan tidak sesuai kerana dilihat sempit dan fasiliti yang kurang selamat sehingga ramai yang menggelarkan bilik sewa sebegini umpama liang lahad, tempat orang sakit dan macam-macam lagi.
Baru-baru ini, tular satu ciapan yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, memaparkan tangkap layar sebuah iklan yang mana pemilik rumah telah menjadikan ruang tepi balkoni rumah sebagai bilik sewa.
Menerusi ciapan tersebut, dapat dilihat ‘bilik sewa’ yang ditawarkan hanyalah sebesar saiz tandas yang dilengkapi dengan kipas dinding, lampu, meja, sebuah katil single dan langsir untuk menutup sliding door.
Apa yang membuatkan netizen terkejut dan bengang adalah harga yang diletakkan oleh pemilik atau ejen rumah dikatakan tidak masuk akal kerana disewa pada harga RM600 sebulan.
Dalam pada itu, ramai yang mengecam taktik kebanyakan pemilik rumah pada hari ini terutama di sekitar ibu kota yang sanggup mengubah suai rumah demi mengaut keuntungan berlipat ganda.
Ada yang berpendapat penyewa mahu mencari lokasi strategik dan dekat dengan kemudahan, namun tiada pilihan selain akur menyewa di kediaman sempit.
Balcony room ya? pic.twitter.com/Kk50GCeSJF
— AsyrafJr | iPhone Repair (@AsyrafRosli_) April 6, 2023
Ramai yang berpandangan, trend bilik sewa sebegini perlu diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana pemilik sesuka hati mengubah suai rumah tanpa menghiraukan aspek keselamatan.
Menurut seorang pengguna Twitter, pemilik sewa yang mengubah suai rumah tanpa kelulusan bertulis daripada PBT boleh dikenakan saman.
Lagi kesian kalau yang terpaksa sewa tu adalah pelajar universiti…
Baca: Harga Tak Masuk Akal, Bilik Kapsul RM290 Dapat Tilam & ‘Aircond’ Je!