in

“Berterabur lari dalam semak“ – Datin Lyanaz Sergah Staf Homestay, Dakwa Dirakam Ketika Mandi

FT IMAGE LM 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas produk kecantikan, Datin Lyanaz Hassan semalam mendedahkan dia telah memberkas seorang pekerja homestay yang dipercayai merakamnya ketika mandi selama 5 minit.

460532571 8543419585710280 2427689525553914694 n

Dirakam ketika mandi

Menerusi perkongsian di Instagram story, Datin Lyanaz mendakwa menyedari perbuatan terkutuk itu ketika sedang mandi di dalam tandas dan bertindak untuk mengintip kembali lelaki yang sedang leka merakamnya.


Aku bukan swimming kat pool ya! Aku mandi dalam toilet. So sebelum aku jerit aku intai aim siapa yang mengintip aku dan rekod aku tengah mandi. Staff homestay sini yang buat kerja terkutuk ni!

Selepas disergah, lelaki itu kemudian kelam kabut lari dalam semak sebelum pekerja Datin itu berjaya memberkasnya di bahagian hadapan homestay yang disewa. Namun begitu, tidak dipastikan di manakah lokasi homestay terbabit.

Susulan itu, tular pula satu video di TikTok yang memaparkan ketegangan di antara Datin Lyanaz dengan pelaku terbabit namun berjaya dikawal ahli keluarga yang berada bersama ketika menyoal pelaku.

@aliffbusu2

Individu yang record video Datin Lyanaz ketika mandi, telah mengaku record video lebih 5 minit. #datinlyanazhassan

♬ original sound – Aliff Busu – Aliff Busu

Artikel berkaitan : Rakam & Jual Puluhan Klip Video Lucah, Polis Cekup Gigolo Tempatan Bersama 2 Teman Wanita

Artikel berkaitan : Lelaki Kantoi Simpan Video Lucah Masa Buat Report Palsu Konon Hilang Mykad

Susulan kejadian itu, Datin Lyanaz terus membuat laporan polis. Namun polis gagal mengesan dan memberkas lelaki itu, sebelum Datin sendiri yang menghubungi ahli keluarga suspek untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Aku dapat alamat dia aku terus cari parents dia. Dan orang kampung cakap dia budak hisap pil kuda. Hari ni parents dia bawak jumpa aku cakap jangan libatkan polis. 

Screenshot 2025 08 27 at 11.10.08 AM

Menurutnya lagi, kejadian itu telah meninggalkan trauma kepadanya apatah lagi ketika pergi berseorangan ke tandas. Kejadian itu membuatkan Datin Lyanaz bertegas tentang aspek keselamatan penghuni khasnya golongan wanita yang mungkin akan terjadi lagi jika dibiarkan.

Aku ada anak dan aku seorang ibu. Kena ajar! orang camni buat maruah orang banyak mana lagi? kalau guest datang sini berapa ramai lagi dia akan record?

Namun Datin Lyanaz juga tidak berniat untuk burukkan homestay tersebut. Menurutnya hukuman perlu dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang berniat jahat.

Susulan itu, Datin yang mengusahakan perniagaan secara dalam talian ini juga kini dalam proses untuk mendakwa pelaku melalui peguamnya dan berkeras untuk dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Sumber : TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.