in

“Bertentangan dengan fatwa” – Presiden Yoga Nasihat Umat Islam Tidak Amalkan Yoga

Umat Islam Tidak Sertai Yoga Amalan Hindu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selama ini kita difahamkan yoga merupakan satu bentuk senaman kuno berasal dari India yang melibatkan pelbagai teknik pernafasan, meditasi dan pose fizikal yang memberi manfaat kepada pengamalnya.

Bagaimanapun, bagi umat Islam, dinasihatkan untuk tidak menyertai atau mengamalkan senaman yoga kerana amalan itu berasal daripada ritual agama Hindu.


Perkara ini diberitahu oleh Presiden Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA) Prof Dr Lingham Pillai kepada seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Artikel berkaitan: Firdaus Wong Ditegur Kongsi Cara Remaja Bawah Umur Masuk Islam Secara Senyap-senyap

Pexels Rui Dias 469842 1472887

Bertentangan dengan fatwa

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Firdaus, Dr Lingham memohon pertolongannya untuk menguar-uarkan mengenai perkara itu kepada umat Islam agar tidak terjebak dengan amalan yoga, selain aktiviti itu juga bertentangan dengan fatwa.

Dalam pertemuan itu, Firdaus berkata, Dr Lingham menyatakan kebimbangan mengenai perkara itu kepadanya sambil mengemukakan bukti amalan yoga berasal daripada ritual Hindu.

“Orang Islam tidak patut menyertai yoga kerana saya sendiri sebagai seorang beragama Hindu tahu bahawa yoga berasal daripada Hinduisme. Orang Islam sepatutnya menghormati fatwa daripada Jakim yang melarang orang Islam menyertainya.

“Segelintir guru yoga yang mempromosikan yoga kepada orang Islam dengan mengatakan ia membantu mereka menjadi orang Islam lebih baik.

“Yoga berasal daripada Hinduisme. Jadi bagaimana ia boleh menjadikan mereka orang Islam yang lebih baik?” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong)

Dalam pada itu, Firdaus turut mendedahkan terdapat pihak yang menyalahgunakan logo Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Pesuruhjaya Sukan untuk mempromosikan yoga kepada orang awam termasuk orang Islam.

Justeru, pihaknya mengadakan perjumpaan dengan wakil kedua-dua organisasi itu, termasuk melaporkan kepada polis tentang pihak yang didakwa menyalahgunakan logo berkenaan.

Untuk memahami lebih lanjut, korang boleh rujuk ke laman web Mufti Wilayah Persekutan mengenai hukum senaman ini.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.