Seorang bayi dari Jakarta, Indonesia yang berusia setahun 7 bulan maut di tangan ibunya sendiri, selepas wanita tersebut tidak sengaja menamatkan riwayat anaknya itu.
Ketua Siasatan Jenayah Kupang, AKP Yeni Setiono berkata, kejadian berlaku di Desa Soba pada Selasa lalu.
Artikel berkaitan : Walaupun Bekalan Air Terhad, Ada Sebab Kenapa Bomba Tak Gunakan Air Laut Untuk Padam Kebakaran di LA
Artikel berkaitan : Lewat Daftar Masuk Penerbangan Punya Pasal, Seorang Penumpang & Staf Di KLIA Bergaduh
Difahamkan, ibunya naik angin apabila suaminya itu tidak pulang ke rumah sejak 4 Januari 2024. Si suami itu dikatakan tinggal bersama saudaranya kerana ada perselisihan faham dengan isteri. Dari situ, berlakulah pertangkaran di antara mereka apabila suaminya pulang ke rumah.
“Melalui kenyataan suspek, Deningsi Bano Beti, 27, kejadian itu bermula apabila dia bergaduh mulut dengan suaminya, Kornalius Marion Bano, 25.
“Pertengkaran semakin memuncak apabila suspek menghunus parang yang kononnya mahu mencederakan suaminya, bagaimanapun terkena anak yang sedang didukungnya hingga cedera parah.”
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital, bagaimanapun tidak dapat diselamatkan. Suspek kini sudah ditangkap dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan.
Sumber : Kompas