in

“Bertenang semua” – Peguam Masih Rapat Dengan Siti Bainun Meski Tarik Diri ‘Last Minute

ft peguam siti bainun jelaskan tak abaikan bainun 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari lepas, kesemua peguam yang membela Siti Bainun dalam kes mengabai dan menganiaya remaja sindrom down Bella telah menarik diri dan Harian Metro melaporkan bahawa Siti Bainun menangis di kandang tertuduh saat hakim menyoalnya.

Sebelum ini, peguam Nurul Hafidzah Hassan telah tampil menjelaskan bahawa sebab kenapa dia tarik diri dan kini, menerusi Facebook, salah seorang peguam lain Asiah Abd Jalil tampil membuat penjelasan.


 

“Semua bertenang”

Kata Asiah, biarpun kini sudah tidak lagi menjadi peguam bela pengasas Rumah Bonda itu, dia menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan Siti Bainun begitu sahaja.

Asiah juga menafikan bahawa dia meminggirkan Siti Bainun, dia turut menjelaskan bahawa faktor dia menarik diri adalah kerana berlakunya pertindihan tarikh mahkamah.

“News tulis berita macam kitorang dah abandon Bainun terus. Walhal isu sebenar ialah pertindihan tarikh mahkamah. Kalau tak bertindih, kitorang happy aje nak terus mewakili Bainun.”

https://www.facebook.com/asiah.abdjalil.7/posts/pfbid02Qi3JcbAGfPJGKPcgsHznZztRyzuE64dJkpkjK1itsynaXjB8QcFeo6F2vxgFtefXl

Pada 24 November tahun lalu, Siti Bainun telah diperintah untuk membela diri atas dua pertuduhan mengabaikan remaja sindrom down berusia 13 tahun iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi pada Ogos 2021.

Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya remaja sama.

Baca : “Bukan sebab lari” – Peguam Hafidzah Hassan Perjelas Sebab Tarik Diri Dari Kes Siti Bainun

peguam perjelas sebab tarik diri kes siti bainun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.