Beberapa hari lalu, pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat mengumumkan berita gembira bahawa dia kini sedang hamil anak kedua dan kandungannya sudah berusia lima bulan. Wah tahniah!
Berita tersebut telah diumumkan Ayda dan suaminya, Nabil Mahir dalam satu sidang media drama-drama baharu Astro yang diadakan di ibu kota pada 25 Julai lepas.
View this post on Instagram
“Kami dah bekerjasama, berpeluh-peluh cuba dapatkan anak kedua”
Namun begitu, video pengumuman tersebut yang kini tular di Twitter telah mengundang rasa kurang senang netizen dek kenyataan Nabil Mahir yang dianggap kurang sesuai.
Semasa menyampaikan ucapan berkenaan kehamilan isterinya, Nabil memberitahu bahawa dia dan isteri sudah mencuba hingga ‘berpeluh-peluh’ dalam mendapatkan anak kedua.
Pengumuman Khas Ayda Jebat & Nabil Mahir.
Congratulations to both of you ?? pic.twitter.com/6k1qKhykDu
— Anna J | Entertainment Blogger ??? (@farhanajafri) July 25, 2023
Kami dah bekerjasama, berpeluh-peluh untuk cuba dapatkan anak kedua. Alhamdulillah sudah lima bulan.
“Saya dijangkakan bersalin tahun ini,” katanya.
“Dapat suami macam ni memang jatuh air muka”
Kenyataan Nabil Mahir telah menerima pelbagai komen kecaman netizen yang menganggap kata-kata suami Ayda Jebat ini sebagai menjatuhkan maruah isteri dan keluarga.
Malah ramai juga menasihatkan para wanita untuk mencari suami yang boleh menghormati dan menjaga maruah isteri di khalayak ramai.
Apa pendapat korang tentang isu ini? Hmmm… min rasa mungkin Nabil terlalu excited tu nak umumkan baby no 2.
Baca: Ayda Jebat Simpati Tengok Kaki Netizen Melecet, Sanggup Beli Semula Kasut RM 638