in

“Berpantang maut sebelum ajal” – Hebat! Nenek 106 Tahun Pulih Dari Covid-19, Pesakit Tertua Di Britain

Untitled design 7 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hebat! warga emas berusia 106 tahun di Britain disahkan pulih daripada wabak Covid-19.

Menurut Mstar, Connie Titchen sebelum ini mengidap pneumonia penyakit radang paru-paru pada Disember lalu, kemudian didiagnos positif covid-19.


G3 1

Walaubagaimanapun, Connie Titchen dikhabarkan sudah pulih dari wabak dan dibenarkan keluar daripada Hospital Birmingham City pada selasa lepas.

Difahamkan wanita berusia 106 tahun itu menghabiskan masa selama 3 minggu di dalam hospital sebelum dibenarkan pulang.

Malah dia di laporkan sebagai pesakit tertua di Britain.

Saya rasa sungguh bertuah kerana berjaya berjuang melawan virus ini. Tak sabar untuk bertemu keluarga.” – Connie Titchen

G2 1

Cucu perempuan Titchen, Alex Jones berkata neneknya itu seorang yang sangat aktif,suka menari, berbasikal, dan bermain golf.

Saya rasa rahsia usianya lanjut adalah kerana dia secara fizikalnya begitu aktif dan sangat berdikari. Dia menjalani pembedahan pinggul Disember lalu dan dalam tempoh 30 hari dia mampu berjalan.” – Alex Jones

Bagi Jones wanita itu sangat mengagumkan dan ahli keluarganya tidak sabar untuk berjumpa dengan nenek ini.

G1 1

 

Baca: “Dalam perang bunuh atau hidup” – Dirawat di ICU & Tak Perlu Ventilator, Veteran World War II Umur 99 Tahun Sembuh Covid-19!

capture 20200416 111241 crop

Sumber: The Guardian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.