Siapa je yang tak kenal dengan penyanyi dan penulis lirik Amerika Syarikat, Taylor Swift yang popular di seantero dunia ni kan?
Namun, tahukah anda, kucing peliharaan Taylor Swift juga tak kurang popularnya kerana baru-baru ini, kucing baka Scottish Fold milik penyanyi yang berusia 34 tahun itu telah dinobatkan haiwan peliharaan ketiga yang terkaya di dunia?
Menurut Mail Online, kucing yang dinamakan sebagai Olivia Benson itu bernilai $98 juta (lebih kurang RM427 juta dalam Ringgit Malaysia). Kaya tu!

Mana taknya, Olivia pernah membintangi muzik video lagu Blank Space nyanyian Taylor Swift dan iklan produk berjenama terkenal bersama-sama tuannya.
Antara iklan yang pernah dibintangi oleh Olivia Benson ialah iklan Diet Coke pada tahun 2014.
Memetik laporan All About Cats, tempat pertama dan kedua haiwan peliharaan yang terkaya di dunia jatuh kepada Gunther VI (seekor anjing German Shephard dari Itali) dan Nala, kucing terkenal di Instagram.
Pada tahun 2020 pula, Taylor Swift telah memuat naik gambar Olivia Benson di Instagram dan gambar kucing kesayangannya itu telah meraih lebih dua juta likes daripada peminat.
https://www.instagram.com/p/B_Tb8N4DyKM/?hl=en
Untuk pengetahuan anda, Taylor Swift telah menamakan kucingnya itu sebagai Olivia Benson sempena nama watak utama dalam siri Law & Order: SVU yang dilakonkan oleh Mariska Hargitay.
Menariknya lagi, Hargitay juga telah tampil membintangi muzik video lagu Taylor Swift yang bertajuk Bad Blood.
Kucing pun lagi kaya dari kita kan.
Sumber: Mail Online
Baca: “Tertanya-tanya Kenapa Si Meow Suka Tidur Dengan Korang? Ini 5 Sebabnya…

