Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini sedang dalam perbincangan bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memperbaik sistem pengudaraan dalam gimsanisum bagi membantu sektor ini beroperasi semula.
Katanya menerusi Twitter, usaha itu akan dijalankan secepat mungkin. Ia berikutan dengan persoalan yang diajukan oleh Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini.
Permintaan untuk ‘outdoor team sports’ adalah wajar
Dalam tweet tersebut, Khairy Jamaluddin dilihat begitu terbuka dengan permintaan Faizal Azumu dan menyifatkan bahawa ianya satu permintaan yang wajar. Katanya, akan ada berita baik diumumk
Permintaan @PejaOfPerak untuk ‘outdoor team sports’ adalah wajar. Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan. Tadi dibincang & diputuskan di sidang MKN COVID-19. Berita yang baik akan diumumkan.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 8, 2021
Sementara itu, untuk indoor seperti gimnasium pula, perbincangan akan dijalankan secepat mungkin dan beliau menegaskan ia tidak akan mengambil masa yang lama.
For gyms, @KKMPutrajaya will be jointly developing some ventilation guidelines with MKN that need to be adhered to. This will not take long but because of the nature of indoor fitness centres, we must stress on certain ventilation requirements. Working on it urgently.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 8, 2021
Semalam, kerajaan telah mengumumkan bahawa pawagam akan mula beroperasi mulai esok 9 September 2021), selain itu, acara kesenian juga boleh dibenarkan beroprasi. Walaubagaimanapun, ianya terhad kepada mereka yang sudah mendapatkan vaksinasi penuh.
Baca : Menteri Sukan Persoal KJ Kenapa Benarkan Wayang Beroperasi Tapi Bukan Gym