Bila raya dah nak dekat ni, mesti tiap-tiap hujung minggu korang akan keluar shopping dengan keluarga kan?
Ye lah, untuk pastikan semua dapat pakai baju raya sedondon seisi keluarga di pagi Syawal nanti, barulah cantik bila bergambar! Tambah pula dengan aksesori yang akan naikkan lagi seri lepas dah dua tahun tak enjoy raya.
Pun begitu, dalam seronok semua sakan membeli-belah untuk persiapan raya, janganlah pula ada ibu bapa yang sampai terlepas pandang anak-anak kecil macam satu video dari TikTok ni…
@elimalianaaa jangan disebabkan kecuaian kita sebagai mak ayah kita menyesal di kemudian hari ? untuk peringatan sendiri dan semua , nasib adik comel ni tak nak ikut balik rumah?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik ini, seorang kanak-kanak dipercayai berkeliaran dalam pasaraya dan nasib baik pekerja di salah satu outlet segera bertindak dengan membawanya ke kaunter pertanyaan.
Namun belum sempat untuk buat pengumuman, bapa kepada kanak-kanak tersebut tiba dan rupa-rupanya…
“Anak hilang, kita gak nangis nanti”
Walaupun kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat namun situasi itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan pengguna TikTok yang lain kerana ianya kerap juga berlaku di tempat membeli-belah yang lain.
Disebabkan itu juga, orang ramai diminta untuk sentiasa peka lagi-lagi ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil untuk sentiasa berwaspada dengan keberadaan mereka apatah lagi di kawasan yang ramai orang.
Tinggal seminggu je lagi nak raya ni. Pastikan semua jaga keselamatan walau kat mana korang berada okay?
Baca: “Sayu ratapan ibu” – Kanak-kanak Hilang Di Sarawak Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh




