in

“Beri gambaran teruk sikap & cara masyarakat Melayu” – Penulis Skrip Tersinggung Dengan Filem Tiger Stripes

tiger stripes singgung melayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penulis skrip, Zabidi Mohamed yang sebelum ini lantang bersuara mengenai filem komedi Singapura-Malaysia, La Luna sekali lagi menarik perhatian ramai dengan ulasan filem seterusnya iaitu Tiger Stripes.

Menurut Zabidi, filem Tiger Stripes yang sedang ditayangkan di plaftorm penstriman Netflix, didakwa telah memperlekehkan syariat Islam dan beri gambaran buruk terhadap masyarakat Melayu.


Tiger Stripes adalah filem arahan Amanda Nell Eu yang mengisahkan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengalami tekanan dan perubahan drastik ketika mencapai usia akil baligh.

Artikel berkaitan: “Subtext filem ada elemen hina agama” – Filem La Luna Jadi Sebutan, Terima Reaksi Pelbagai Dari Netizen

Artikel berkaitan: Terima Surat Saman Dari Produksi, Zabidi Tetap Mahu Lawan Mentega Terbang

HERO TIGER STRIPES7© GGrrrlPictures2023 2000 2000 1125 1125 crop fill

Menerusi hantaran Zabidi di Facebook, beliau menyatakan kandungan filem tersebut jelas menyentuh sensitiviti masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

“Selepas menontonnya barulah saya nampak dan faham kenapa LPF memotong banyak babak dalam filem ini. Saya percaya versi di Netflix adalah versi asal.

“Secara peribadi kandungan filem ini telah menyinggung perasaan beragama dan Melayu saya,” ujarnya.

Jelasnya, isu remaja wanita datang bulan adalah satu isu besar dalam masyarakat Melayu Islam namun filem ini tidak menggambarkan institusi keluarga Melayu dan sekolah dalam membantu dan mendidik isu ‘datang bulan’.

“Tidak salah untuk mengangkat cerita tentang budak Melayu ‘datang bulan’. Tapi bila Melayu dan masyarakat Melayu yang dijadikan bahan dan konflik cerita, naratif penceritaan harus dilihat dari sudut pandang (point of view) masyarakat Melayu Islam.

“Kandungan filem ini tidak memberi gambaran sebenar tentang syariat datang bulan orang Melayu dan tentunya ianya akan mislead penonton antarabangsa,” jelasnya.

MV5BZjFmZmE1ZTgtZjIwZS00NzMwLTk1YjgtMjg5NDVmYzhiYmY5XkEyXkFqcGdeQXVyMTEzMTI1Mjk3. V1

Tambahnya, penggunaan elemen metafora watak utama dirasuk dan bertukar harimau jadian akibat pengalaman pertama datang bulan juga dianggap berlebihan dan melampau.

Baginya, kandungan filem ini seolah-olah memburukkan masyarakat Melayu yang beranggapan datang bulan adalah sesuatu yang kotor dan hina.

“Tidak ada elemen ilmu malah yang jelasnya ia sebuah filem yang menggambarkan betapa teruknya sikap dan cara masyarakat Melayu mengendalikan isu datang bulan ini. Dan akhiran cerita ini juga tidak ada solusi yang jelas,” tambahnya.

Dalam pada itu, Zabidi menyarankan orang ramai menonton filem untuk membuat penilaian sendiri.

Untuk info, filem Tiger Stripes merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes, tahun lalu.

Pengarahnya pernah meluahkan kekecewaan terhadap Lembaga Penapisan Filem apabila banyak babak yang ditapis sebelum ditayangkan di pawagam.

Sumber: Facebook, Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.