in

“Beri gambar minta simpan”- Mangsa Pemandu E-hailing Sempat Hubungi Isteri Sebelum Tragedi

pemandu e hailing nahas elmina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Salah seorang mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam semalam merupakan seorang pemandu e-hailing.

Kata anak mangsa pemandu e-hailing Allahyarham Sharipuddin Shaari, dua minggu lalu bapanya ada memintanya menyimpan dua keping gambar berukuran pasport sebagai kenangan.


“Saya tidak menyangka permintaannya menyuruh menyimpan gambar itu menjadi petanda ayah akan pergi meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya.

Screenshot 2023 08 18 130020

Muhammad Sharul Izuan, 16, berkata, ketika bapanya memberikan gambar itu, mereka sekeluarga terdiri daripada ibu, Suriana Muda, 43, dan adik bongsu, Nur Izzara Arissya, 9, ada bersama dalam kereta.

Mengulas lanjut, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah bapanya ketika di luar rumah pada pagi semalam.

“Ayah tidak bercakap sepatah pun sebelum saya pergi ke sekolah menunggang motosikal bersendirian.

“Malam sebelumnya ayah beriya-iya menyuruh saya makan dan bersembang panjang kerana kami jarang bercakap kecuali ada perkara penting yang perlu dibincangkan.

“Petang semalam kira-kira jam 6 petang, anggota peronda polis datang ke rumah memaklumkan ayah terbabit kemalangan dan berita itu amat mengejutkan kami sekeluarga,” katanya.

Menurut Sharul, kali terakhir bapanya menghubungi ibu pada 2.15 petang semalam ketika sedang berehat di sebuah restoran dan memaklumkan berada di sekitar Elmina untuk mengambil pelanggan dan pulang awal selepas selesai bekerja.

@dell.yunus

Al-Fatihah Sharipuddin bin Shaari pakcik kpd kenalan saya terkorban akibat pesawat terhempas tepat pd kereta nya.. #fyp #elmina #fypdongggggggg #fypシ #pesawat

♬ Kemarin_Seventeen – GP Records

“Pemergian ayah sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana arwah seorang yang penyayang namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya.

Menurut laporan, dipercayai bahawa mangsa dalam keadaan berseorangan dan telah menolak dari mengambil penumpang sejak pukul 2 petang, berdasarkan semakan ke atas syarikat e-hailing.

Sumber: Harian Metro

Baca: “Sampai sekarang saya terbayang arwah minta tolong” – Saksi Sedih Tak Mampu Bantu Rider Nahas Pesawat Elmina
nahas elmina saksi tak dapat selamatkan rider

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.