Nama pelakon, pengacara dan usahawan berjaya ini seringkali disimbah kata-kata tidak enak didengar gara-gara cara pemakaiannya yang mungkin kadangkala agak tidak bersesuaian dengan dirinya yang berstatus hajah. Neelofa bukan lagi nama asing dalam industri hiburan tanah air. Gayanya yang mengikut trend dan cantik sentiasa menjadi ikutan ramai.
Sudah beberapa kali mengenakan fesyen turban ketika berada di luar negara, Neelofa sekali lagi tampil dengan gaya tersebut sewaktu sedang melakukan penggambaran di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.
Menurut Media Hiburan, sebuah portal hiburan di Facebook telah berkongsi rakaman Neelofa yang memakai turban dan menampakkan bahagian lehernya. Anak rambutnya yang terletak di bahagian tengkuk juga jelas kelihatan dalam rakaman video berdurasi tujuh saat itu.
Sejak dimuat naik, video tersebut telah menerima ribuan tontonan dan tidak terlepas daripada kecaman netizen. Ada yang melemparkan kata-kata tidak elok dan tohmahan yang kadangkala agak kasar untuk didengari. Ramai yang menasihati agar Neelofa memakai tudung dengan lebih elok dan menutup aurat dengan sempurna.
“Pakai lah proper tudung yang cover bahagian tengkuk tu, InshaAllah tak sejuk dah lepas tu,” kata seorang netizen.
“Perintah Allah jangan dibuat main.”
“Walau berfesyen pun, aurat tetap aurat. Jangan ambil mudah semua perkara, yang haram tetap haram.”
Salah seorang netizen menyuarakan pendapatnya bahawa hal pemakaian tidak boleh diambil mudah. Ini kerana aurat tetap aurat. Jika kita memilih untuk berfesyen dengan gaya yang paling terkini sekalipun, hukum Allah tetap perlu dititikberatkan.
Selain itu, ada juga yang bersangka baik dan mengatakan bahawa Neelofa berkemungkinan tidak sedar rambutnya terkeluar sebegitu. Oleh sebab itu, adalah lebih elok jika kita bersangka baik.
Jangan tuduh yang bukan-bukan, bersangka baik gais!
Tonton video di bawah:
Sumber: Facebook
Baca: “Seksinya Hajah!” – Netizen Tegur Tudung Neelofa Makin Singkat, Tak Jaga Imej Sebagai Ikon Muslimah