in

“Berdarah campuran Malaysia” – Pelakon ‘Spiderman’ Tobey Maguire ‘Dating’ Model Berusia 20 Tahun

Syaz Ft 2024 07 09T171003.297

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Benar orang kata cinta tidak mengenal usia namun kadangkala percintaan yang terlalu beza jarak umurnya mengundang rasa tidak selesa, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan artis atau selebriti.


Terbaru, pelakon filem Spider-Man, Tobey Maguire didakwa sedang hangat bercinta dengan seorang model dan pelakon berusia 20 tahun, Lily Chee yang mempunyai darah kacukan Malaysia.

Artikel berkaitan: Guru Wanita Bercinta Dengan Pelajar Sekolah 17 Tahun Sedang Disiasat Polis

Artikel berkaitan: “Saya anggap dia anak dan peminat” –  Erry Putra Respon Spekulasi Bercinta Dengan Gadis 16 Tahun

Mereka berdua dilihat bersama ketika di parti Hari Kemerdekaan Amerika (4th of July) yang diadakan oleh bilionair, Michael Rubin.

Pelakon Spider-Man itu dilihat memeluk Lily ketika mereka meninggalkan pesta itu dan ianya mencetuskan khabar angin bahawa mereka sedang berpacaran.

Peminatnya kemudian melemparkan kecaman terhadap pelakon itu kerana dia terkenal sebagai seorang ‘buaya’, kerana menjalinkan hubungan dengan seseorang yang berumur 29 tahun lebih muda daripadanya.

Apa yang lebih mengejutkan ialah Lily hanya tiga tahun lebih tua daripada anak perempuan Tobey iaitu Ruby yang kini berusia 17 tahun.

Fuh jauh beza betul ye…

Sumber: X, 8days

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.