in

“Berbau, sempit” – KPKT Serbu Bilik Sewa ‘Liang Lahad’ Harga RM300

bilik sewa 300

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan bujang lebih cenderung memilih untuk menyewa bilik daripada menyewa sebuah rumah, ia bukan sahaja lebih memudahkan tetapi ia juga dapat menjimatkan kos.

Pun begitu, ada yang mengambil kesempatan dalam kesempitan orang lain dengan menawarkan sewaan bilik dengan harga yang tidak setimpal dengan keadaan bilik serta kemudahan yang disediakan.


Artikel penuh: Tak Masuk Akal! Ramai Terkejut Ruang Dapur Dijadikan Bilik Sewa Dengan Harga RM250 

Artikel penuh: “Besar saiz tandas” – Ramai Terkejut Ruang Tepi Balkoni Dijadikan Bilik Sewa Harga RM600

Dalam laporan Buletin TV3, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) membuat serbuan di sebuah premis rumah kedai yang menyediakan khidmat bilik sewa RM300 untuk bilik yang bersaiz ‘sangkar burung’.

cats 31

Premis tersebut difahamkan terdedah kepada bahaya kebakaran ekoran pengubahsuaian tanpa kelulusan dan rumah kedai dua tingkat itu memuatkan 40 ke 50 penghuni.

Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata Operasi Menghalang Bahaya Kebakaran (MBK) itu dijalankan selepas menerima aduan daripada orang awam berhubung premis yang menawarkan 38 bilik di Jalan Maluri, Kuala Lumpur.

“Pertama kali dalam sejarah, KPKT membuat pemeriksaan mengejut. tujuan operasi ini adalah mengenal pasti wujud bahaya kebakaran selain membawa bahaya kepada penduduk.

Bilik sangkar burung, sanggup mereka demi mengaut keuntungan, satu keadaaan yang sangat-sangat tidak berperikemanusiaan.

Saya lihat sendiri bilik berbau, sempit dan kutipan sewa yang tidak berbaloi untuk pertaruhkan nyawa penyewa bagi mengaut untung.

Bukan itu sahaja, tidak ada sistem udara dan tidak dilengkapi dengan tingkap, 38 bilik tapi berkongsi satu tandas. Saya anggarkan 40 ke 50 orang penyewa mampu menularkan penyakit berjangkit sekiranya berterusan,” katanya.

Selain itu, Nga Kor Ming memberitahu premis berkenaan juga diubah suai tanpa kebenaran serta tidak dilengkapi dengan alatan kecemasan seperti lampu kecemasan keluar.

Pihak KPKT mengeluarkan notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran di bawah Seksyen 8 Akta 341.

Sumber: Buletin TV3

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.