in

“Berasal dari artik”- Penemuan Itik Jambul Di Terengganu Curi Tumpuan Ramai

Itik Jambul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehadiran seekor Itik Jambul di tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu baru-baru ini telah mencuri tumpuan orang ramai.

Ini kerana menurut laporan Sinar Harian, burung tersebut yang juga dikenali sebagai Tufted Duck merupakan spesies burung hijrah dan ia merupakan kali pertama ia dijumpai di negeri tersebut.


Difahamkan, burung itu berasal dari kawasan ‘north temperate zone‘ iaitu kawasan seperti Rusia.

Menurut Conerlius Anuar Abdullah McAfee iaitu Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) UniSZA, burung tersebut berasal dari artik iaitu kawasan yang jauh dari Malaysia.

@uniszaedumy

Penemuan luar biasa! Itik Jambul atau dikenali Tufted Duck, Aythya fuligula, spesies burung hijrah dari utara yang tidak pernah direkodkan di Terengganu sebelum ini, muncul di tasik UniSZA, Gong Badak, semalam. Detik bersejarah untuk dunia peminat burung dan alam semula jadi! BIRDS & NATURE WORLD Kredit video : Sir Cornelius Anuar Abdullah Mc Afee, Pengarah Pusat Antarabangsa (IC) @Kementerian Pendidikan Tinggi @ZambryAbdKadir @Profesor Dato’ Dr. Fadzli bin #universitisultanzainalabidin #unisza #fyp #UniSZAexpert #tasikunisza #IlmuDemiFaedahInsan #proudlyunisza #ilmudemifaedahinsan #banggakumenjadiwargamu #uniszapastitahu

♬ Hymn to the Sea (Rose’s Theme) – Amy Wallace & Reyjuliand

Artikel berkaitan: ‘Baker’ Dari UK Ini Buat Kek Bentuk Moo Deng, Badak Air Popular Tarik Perhatian Ramai

Artikel berkaitan: Zoo Di Thailand Untung RM 1.5 Juta Gara-gara Badak Air Kerdil ‘Moo Deng’

Itik Jambul itu mempunyai kebolehan untuk menyelam sedalam tiga hingga 14 meter untuk mencari makanan.

Jangka hayat Tufted Duck ini juga boleh mencapai sehingga 45 tahun dan untuk meneruskan kehidupan, ia banyak makan hidupan dalam air seperti tumbuhan air, siput, kerang dan kupang.

Difahamkan juga, haiwan ini lazimnya sering membuat sarangnya di kawasan berdekatan sempadan Artik seperti Rusia, Norway dan Sweden.

Itik tersebut berhijrah ke negara lain di bahagian selatan kerana cuaca sejuk di negara sana.

Namun, lazimnya mereka akan berhijrah ke negara-negara Eropah lain, bahagian selatan China, negara India atau Afrika Utara.

Jadi, apabila itik tersebut berhijrah ke Malaysia, ia menjadi suatu perkara yang unik kerana ia jarang dijumpai di sini.

Difahamkan, itik ini pernah dijumpai di Kelantan dan Pahang pada tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.