in

“Beraninya buka” – Sekumpulan Gadis Bertempiaran Lari Lepas Jumpa ‘Kertas Mantra’ Dalam Botol

cover 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang lama-lama, jangan buka botol yang dijumpai di kawasan seperti sungai dan pantai kerana dikhuatiri ada ‘benda’ yang dibuang oleh individu lain.

Namun lain pula yang berlaku buat sekumpulan wanita dari Indonesia ini apabila mereka membuka sebuah botol pelik yang ditemui di tepi pantai.


5 8

Dalam video yang dikongsikan menerusi TikTok, sekumpulan wanita ini kelihatan teruja apabila mereka menemui botol di tepi pantai. Selepas membuka botol tersebut, kelihatan botol itu terisi dengan sehelai kertas yang sudah dilipat.

Apa yang mengejutkan, kertas tersebut mengandungi tulisan dan lukisan pelik yang sukar difahami oleh manusia biasa.

3 13

Sejurus selepas menemui kertas itu, wanita ini terus lari bertempiaran meninggalkan kertas pelik dan botol kosong itu kerana khuatir dengan apa yang bakal berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati wanita ini agar tidak membuka botol yang dijumpai secara sembarangan atas faktor perkara mistik.

b 1

c 1

Malah, ada juga yang berkongsi pengetahuan mereka berkenaan ‘orang berubat’ yang membuang botol, kain dan baju di kawasan-kawasan seperti ini.

a 1

Bagaimanapun, tiada penerangan lanjut berkenaan apa yang terjadi kepada sekumpulan wanita tersebut sejurus membuka botol itu. 

Mungkin wanita tersebut ingatkan botol tu sampah, tu yang main buka je.

 

BACA: [VIDEO] Wanita Ajak ‘Hantu’ Tumpang Naik Kereta, Siap Offer Buat Tiktok Sama-Sama Lagi

Capture 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.