Baru-baru ini viral satu video rakaman daripada kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan satu tindakan yang boleh kita anggap sebagai ‘heroic action’.
Video rakaman tersebut telah dikongsikan oleh Rickson Goh di laman Facebook dan dipercayai kemalangan tersebut berlaku di Jalan Kuching pada 5 November lalu.
Dalam video berdurasi 25 saat itu, seorang pemandu lori terlihat telah melakukan tindakan ‘berani mati’, membiarkan lori yang dipandunya terbabas demi mengelak daripada merempuh seorang penunggang motosikal.
https://www.facebook.com/watch/?v=1209971312828220&ref=sharing
Sebelum kejadian berlaku, penunggang motosikal yang berada di lorong kanan tersebut dipercayai terpaksa menekan brek untuk mengelak kereta hadapan yang tiba-tiba bergerak ke kiri untuk menukar lorang serta ia telah menyebabkan penunggang tersebut hilang kawalan. Berkemungkinan juga, permukaan jalan yang agak licin antara faktor penunggang tersebut tergelincir semasa brek.
Pada masa yang sama, lori yang berada di lorong yang sama di belakang mereka terpaksa mengelak dan ia telah menyebabkan lori tersebut merempuh bahu jalan seterusnya terbabas.
Tindakan pantas pemandu lori berkenaan mengelak daripada merempuh penunggang motosikal yang sudah pun berada di atas jalan tersebut telah pun mendapat pujian daripada orang ramai.
Semoga abang lori dan abang rider kedua-duanya selamat…tak ada kecederaan serius yang berlaku. Yang penting, respect abang!
Baca: Waspada Zon Blind Spot Anak-Anak Perlu Tahu Zon Bahaya Turun Bas & Van Untuk Elak Kemalangan