Tular sebuah klip video di media sosial, seorang doktor muda telah dibelasah oleh keluarga pesakit hanya disebabkan ubat yang disyorkan atau diberikan tidak berkesan.
Memetik laporan Media Indonesia, suspek pada awalnya hadir untuk mendapatkan rawatan kerana berasa pedih ulu hati.
Seorang doktor muda telah memberikan ubat bersesuaian kepada suspek. Namun begitu, selepas mengambil ubat berkenaan, dia merasakan tiada perubahan yang berlaku.
Susulan itu, suspek berasa tidak berpuas hati sehingga sanggup memukul dan mencekik doktor yang merawatnya dengan dibantu oleh ahli keluarganya.
Doktor kat Indonesia kena belasah dengan waris pesakit sebab bila patient makan ubat, sakit tak hilang.
Lain macam betul warga Indonesia ni. pic.twitter.com/wj6WIjCBOT
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 26, 2023
Semasa kejadian, kedengaran suara jururawat cuba menghalang suspek dari memukul doktor, namun tidak dipedulikan malah cuba mengambil telefon yang merakam perbuatan mereka.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat rawatan di Lampung Barat Indonesia dan suspek juga telah ditahan.
Pengarah pusat rawatan terbabit, Minarni memaklumkan bahawa doktor berkenaan telah menjelaskan kepada keluarga pesakit mengenai ubat yang diberikan namun pesakit kelihatan tidak berpuas hati apabila merasakan ubat itu tidak memberikan kesan kepadanya.
Dalam pada itu, beliau berharap kejadian terbabit menjadi pengajaran bagi semua orang agar tidak melakukan tindakan memalukan seperti itu, lebih-lebih lagi ia membahayakan nyawa orang lain.
Baca: Warga Indonesia Dedah Lebih Suka Dapatkan Rawatan Di Hospital M’sia Dari Negara Sendiri Sebab…