Perkongsian Public Health Malaysia di Twitter semalam mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia. Melalui posting itu, seorang doktor wanita yang sedang mengandung 29 minggu dilaporkan telah dijangkiti Covid-19 dan orang ramai diajak untuk sama-sama mendoakannya.
Bersama posting berkenaan terdapat gambar doktor bernama Fatihah itu dan menurut MalaysiaGazette, salah seorang saudaranya, Maisarah Shaharuddin telah meminta rakyat Malaysia mendoakan Dr Fatihah dan kandungannya.
Jom sama² doakan Dr. Fatihah dan baby dalam kandungan yang berusia 29 minggu selamat melawan Covid-19.
Semoga doa kita semua makbul. Amin!
??????#KitaJagaKita#COVID19isREAL#LindungiDiriLindungiSemua pic.twitter.com/jeGwp40fIU— Public Health Malaysia (@health_malaysia) June 6, 2021
Dr Fatihah pada asalnya dirawat di Hospital Kajang namun telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh semalam serta dilaporkan terpaksa dikomakan berikutan keadaannya yang kini berada di kategori 5.
Sementara itu, difahamkan bayinya itu terpaksa dikeluarkan melalui proses C-section dan dilaporkan keadaan kedua-duanya kini stabil namun masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).
Saya telah menerima maklumat dari keluarga terdekat dan mendapat kebenaran untuk memberitahu berita ini di media sosial.
Alhamdulillah, ibu telah selamat pembedahan caesar. Kedua-dua anak dan ibu stabil tapi masih di ICU.
Keluarga berterima kasih atas doa kalian semua. https://t.co/Sb100StJYl
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) June 6, 2021
Melalui Twitter, ramai dilihat mendoakan keadaan Dr Fatihah, anaknya serta suaminya yang dilaporkan turut positif dan sedang menjalani kuarantin di rumah. Selain itu, ahli keluarga turut berkongsi tentang kisah Dr Fatihah di Facebook dan berharap agar rakyat Malaysia dapat bersama mendoakannya kesembuhannya serta bayi dan suami.
Ini bukan kali pertama malah sudah banyak kisah doktor dan jururawat dijangkiti Covid-19 ketika bertugas merawat dan menyelamatkan nyawa orang lain. Ia membuktikan betapa bahaya dan kritikal keadaan di negara kita sekarang dan sebab itu jugalah orang ramai dinasihati untuk tidak mengambil remeh tentang virus ini.
Kalau tak ada keperluan janganlah keluar rumah please. Stay at home! Jika kena keluar atas apa-apa urusan penting, jaga SOP okay.