Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini dirawat susulan bengkak di kakinya dan telah didiagnosis dengan kekurangan vena yang kronik.
Menurut kenyataan dari White House, presiden yang berusia 79 tahun itu menjalani pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian vaskular diagnostik oleh Unit Perubatan White House, kata Setiausaha Akhbar, Karoline Leavitt, yang membacakan nota perubatan dikeluarkan oleh doktor Presiden, Kapten Sean Barbabella.
Artikel berkaitan: Trump Sifatkan Serangan AS Kepada 3 Tapak Nuklear Iran Sebagai ‘Sangat Berjaya’
Artikel berkaitan: Trump Beri Jaminan, AS Cadang Gencatan Senjata Selama 60 Hari
Menurut Barbabella, ujian ultrasound doppler ke atas kedua-dua belah kaki bawah Trump mendapati beliau menghidap chronic venous insufficiency (CVI), satu penyakit biasa dalam kalangan individu berusia lebih 70 tahun.
“Pemeriksaan dilakukan susulan Trump melaporkan bengkak ringan pada bahagian kaki sejak beberapa minggu lalu,” kata Leavitt lagi.
Bagaimanapun, tiada sebarang tanda-tanda masalah darah beku (deep vein thrombosis) atau penyakit arteri ditemui, keputusan ujian makmal juga menunjukkan bacaan normal sepenuhnya.
Rawatan bagi keadaan ini merangkumi penggunaan ubat-ubatan atau prosedur perubatan, bergantung kepada tahap penyakit.
Dalam pada itu, Leavitt turut menjelaskan mengenai kesan lebam di bahagian belakang tangan Trump, yang menurutnya berpunca daripada kebiasaannya berjabat tangan secara kerap, selain penggunaan ubat aspirin.
Sumber: CNN