Susulan kes bunuh Siti Nur Surya Ismail, 19, rakan baik mangsa dilaporkan direman 7 hari selepas dipercayai terbabit dengan pembunuhan itu, lapor Bernama.
Suspek yang merupakan pelajar tingkatan enam itu ditahan selepas diserahkan ibunya ketika datang ke Balai Polis Telemong semalam pada jam 8.15 pagi.
Bengang diperli mangsa
Menurut Kosmo, suspek mengaku melakukan perbuatan kejam itu termasuk mengelar pergelangan tangan kiri mangsa beberapa kali sehingga putus hanya kerana berang diperli gadis tersebut.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, polis mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila terdapat kesan lebam dan gigitan pada beberapa bahagian badannya. Ketika disoal siasat, suspek mendakwa telah menemui mayat Siti Nur Suria tertiarap di ruang tamu ketika pergi ke rumah mangsa pada pukul 9.30 pagi kelmarin.
Suspek bagaimanapun akhirnya mengaku telah membunuh mangsa kerana diejek dan diperlekehkan mangsa tentang rupa paras dan kehidupan keluarganya.
“Dia menceritakan, pada mulanya dia hanya pergi ke rumah mangsa sekadar untuk bersembang kosong dan ketika sedang berbual itu, suspek mendakwa Siti Nur Surya telah merendah-rendahkan dirinya terutama tentang status ekonomi keluarga dan rupa parasnya.”
Suspek yang panas hati kemudian telah menyerang mangsa yang kebetulan sedang memegang sebilah pisau untuk menetas lebihan benang pada seluarnya.”
Viral di Whatsapp kronologi kejadian
Sejak semalam, viral di Facebook tangkap layar dari Whatsapp tentang kronologi kejadian pembunuhan tersebut. Melalui tangkap layar terbabit, individu yang menceritakan kronologi kejadian itu mendakwa mangsa telah dibunuh menggunakan cutter knife.
Bukan itu saja, punca pembunuhan itu dikatakan kerana mangsa tidak mahu meminjamkan wang sebanyak RM900 kepada suspek untuk membayar hutang.
Dia cucuk leher dengan pisau yang mata boleh patahkan tu, mata pisau dekat dalam leher Surya. Muka dia toreh, lengan putus sebab ambil gelang, rantai. Boleh tangkap sebab dalam tangan Surya ada rambut Athirah.”
Perempuan yang bunuh tu ada pinjam duit dengan orang, dia ugut Surya nak pinjam duit mungkin Surya tak nak bagi tu jadi bunuh.”
Menurut sebuah blog, salah seorang rakan mangsa turut menceritakan bahawa suspek sempat pura-pura menghantar mesej kepada mangsa, mengajaknya untuk teman membeli handphone.
Baca: “Dalam tangan Surya ada rambut” – Individu Dakwa Teman Arwah Cerita Kronologi Pembunuhan