in

“Bengal pun dia buat?” – Netizen Bengang Tengok Kucing Munchkin Kena ‘Crossbreed’

mnchkn 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat peminat kucing di luar sana, pasti kenal dengan baka Munchkin, baka ini mempunyai fizikal yang ketara iaitu kaki yang pendek serta badan yang kecil.

Pun begitu, baka ini menimbulkan kontroversi saban hari kerana ianya adalah satu mutasi genetik yang boleh membuatkan kucing itu pendek umur kerana terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan.


Artikel berkaitan: Kucing ‘Larikan Diri’ Dari Pusat Jagaan, Netizen Pertikai Penjelasan Diberikan

Artikel berkaitan: “I takkan maafkan” – Tinggal Kucing Dijangkiti Parvo Depan Klinik, Doktor Veterinar Marah Dengan Pelaku

Malah, ada juga bredeer kucing ini melakukan sesuatu yang dipanggil crossbreed di mana mereka membiakkan kucing baka Munchkin ini dengan baka lain, tanpa diketahui ianya boleh menyeksa kucing itu.

cats 13

Terbaru, tular sebuah video di platform X memaparkan seorang individu mempunyai pelbagai jenis kucing Munchkin serta ada seekor yang telah di ‘crossbreed’ dengan kucing baka Bengal yang sinonim dengan karakter yang aktif dan ligat.

Kerana telah dicampur bakanya, kucing itu sudah pastinya tidak dapat hidup dengan sempurna. Perkara itu membuatkan ramai netizen marah khususnya pencinta kucing.

cats 12

Dalam pada itu, ramai juga pencinta kucing yang menasihatkan agar tidak membeli kucing daripada breeder seperti ini kerana ianya merupakan satu bentuk penderaan haiwan.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.