in

“Benda macam ni boleh bergurau” – Kakak Sulung Nidza Afham Bengang Ada Individu Permain Kematian Adik

Nak Beli Perfume Nidza Afham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak sedih jika kematian adik yang merupakan darah daging kita sendiri dijadikan jenaka atau dipersenda oleh individu yang tidak bertanggungjawab?

Inilah yang diluahkan kakak sulung Allahyarham Nidza Afham yang kecewa apabila kematian adiknya dipermainkan oleh sesetengah individu.


2769498

Artikel berkaitan: “2 3 kali DM, seolah-olah memaksa” – Adik Nidza Afham Terkilan Ada Pihak Ajak Promosi Produk

Artikel berkaitan: “Seorang diri bermundar-mandir” – Rakaman CCTV Dedah Kelibat Nidza Afham

“Perfume lelaki jenama Nidza Afham ada ke kak?” 

Menerusi perkongsian di IG Story, Irfahanie yang merupakan usahawan minyak wangi telah menerima mesej WhatsApp daripada seorang pembeli yang bertanyakan sama ada dia ada menjual minyak wangi jenama lelaki atau tidak.

Namun tidak pula dia menyangka individu itu akan bertanya sama ada dia menjual minyak wangi jenama Nidza Afham atau tidak.

N1

Menerusi satu lagi posting di IG Story, Irfahanie meluahkan rasa kecewanya atas sikap sesetengah individu yang kurang rasa empati dan bergurau akan kematian adiknya itu.

You rasa okey ke tanya benda macam ini? Tak faham jugak ek manusia rasa benda macam ni boleh gurau. I nak cakap banyak pun tak larat. 

“Tak faham niat orang. Tapi tolonglah jangan. Maaf kalau saya ni over sensitive ke apa,” katanya.

N2

Diharapkan ahli keluarga Nidza Afham tabah dengan dugaan yang menimpa. Sedih bila ada yang cakap bukan-bukan dekat keluarga mangsa. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.