in

“Benda boleh bincang kan?” – Anak OKU Alami ‘Tantrum’ Gara-gara Bapa Pelajar Lain Datang Serang

page tantrum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini sememangnya memerlukan penjagaan yang lebih teliti dan juga emosi mereka lebih ‘fragile’ jika dibandingkan dengan orang lain. Sebabkan itu juga, ramai yang akan berhati-hati dalam berkomunikasi dengan mereka.

Lebih-lebih lagi kalau mereka masih lagi kanak-kanak ataupun di usia remaja, memang emosi akan mudah terganggu sekiranya ada sesuatu yang mengganggu mereka.


Seperti satu perkongsian di TikTok menerusi akaun milik @zuera282, apabila anaknya mengalami ‘tantrum’ sebelum pulang dan sempat ditenangkan oleh guru dari Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

https://www.tiktok.com/@zuera282/video/7103797110436416795?_t=8SmydZZfqnC&_r=1

“Dia datang serang, siap tengking-tengking”

Difahamkan anak lelakinya diserang oleh bapa kepada salah seorang pelajar di kelasnya kerana diktakan dirinya mencekik rakannya gara-gara berebut botol air. Namun, apabila ditanya berkali-kali, dia menidakkan perkara tersebut.

“Anak saya kata tak buat, tapi dia masih marah, saya pun ditengkingnya sambil naik tangan macam nak tampar saya je. Hal budak je pun kan” – Luah ibu anak OKU

Akui kesal dengan tindakan bapa kepada pelajar itu, namun wanita yang dikenali sebagai Azura ini sudah pun memaafkan mereka selepas isteri kepada lelaki tersebut menghantar message text kepadanya.

“Harap bersabar ya, insya-Allah anak syurga tu”

Sementara itu di bahagian komen, ramai yang turut meluahkan rasa kecewa mereka dengan kejadian yang berlaku itu kerana rata-rata mengatakan bahawa perkara yang terjadi itu boleh dibawa bincang dengan baik.

tiktok full

Bukan itu saja, ramai yang mendoakan agar Azura tabah dalam menghadapi ujian itu dan mengharapkan agar orang diluar sana mengambil iktibar dengan insiden yang berlaku supaya lebih menghormati golongan OKU.

Min tak boleh lah kalau bab-bab kanak-kanak istimewa ni… Auto pilu jadinya…

Baca: “Servis dari hati” – [VIDEO] Kabin Kru AirAsia Iring OKU Keluar ‘Flight’ Dipuji Netizen

untitled 3

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.