in

“Benda baik patut puji, bukan complaint” – Michael Ang Ulas Isu Berniqab Tapi Solek Mata

Michael Ang Ulas isu wanita berniqab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, isu wanita berniqab solek berlebih-lebihan pada bahagian mata telah menjadi bualan ramai di media sosial. Warganet telah memberikan pelbagai reaksi mengenai isu ini.

Ramai netizen yang telah memberi teguran, namun masih ada daripada mereka ini seperti tidak mahu menerima teguran dengan hati yang terbuka, malah ada yang memarahi semula dan bertindak untuk block akaun media sosial individu yang berbuat sedemikian.


Susulan isu ini menjadi tular di media sosial, Michael Ang juga turut meluahkan pendapatnya mengenai isu berkenaan menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Screenshot 2022 10 26 153908

Beliau berkata, masyarakat di negara ini sepatutnya memuji dan mendoakan yang terbaik untuk individu tersebut dan bukannya mengkritik perbuatan mereka.

“Setahu saya, bila orang dah berhijab atau berniqab kita patut memuji dan mendoakan yang baik-baik. Tapi di Malaysia ini semua ada je yang tak betul sampai orang dah berniqab pun nak complain mata orang tu menggoda la,” ujar Michael.

Tambah Michael lagi, ia tidak menjadi masalah jika individu yang berniqab mahu bersolek di bahagian matanya. Malahan, jika mata seseorang itu tidak cantik maka isu godaan itu tidak akan menjadi masalah.

Screenshot 2022 10 26 154135

“Kalau mata tu tak cantik make up celak bedah mana pun tetap tak akan cantik. Dah tak ber make up mata,”

“Tapi tuhan bagi dia mata yang cantik nak buat macam mana takkan nak jadi Kassim Selamat ambik garpu dan cucuk mata dia,” tambah Michael lagi.

Menerusi posting yang sama, Michael menggesa netizen di luar sana supaya bertenang kerana banyak lagi masalah dunia di luar sana yang belum dapat diselesaikan.

Pada masa yang sama, Michael harap semua warganet tidak marah ataupun mencemuh pendapat peribadinya memandangkan terlampau banyak isu berbangkit yang tidak masuk akal berlaku di Malaysia.

Ada betul juga apa yang dia cakap ni, kita patut bersetuju dan terus memberi sokongan kepada orang yang berubah ke arah kebaikan ni..

Baca : “Penat asyik kena scam dgn client…” -[VIDEO] MUA Jelaskan Beza Harga ‘Make Up’ Pengantin & Event

Untitled design 2022 05 16T180231.548 758x399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.