in

“Beliau meminta maaf..” – Firdaus Wong Dedah Pemilik KK Mart Sedang Selesaikan Isu Stoking

fw 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, kecoh di media sosial mengenai isu stoking tulisan kalimah Allah yang dijual di sebuah cawangan kedai runcit KK Super Mart, Bandar Sunway.

Walaupun pihak KK Super Mart sudah mengeluarkan pemohonan maaf dan mengaku kecuaian mereka, ramai orang beragama Islam berasa marah sampaikan ada yang mahu memboikot bisnes itu.


Pemilik KK Super Mart mohon maaf

Terbaharu, pemilik kedai runcit tersebut, Datuk Seri KK Chai telah menghubungi seorang aktivis dan pempengaruh, Firdaus Wong pada Jumaat minggu lepas. Bagaimanapun, Firdaus Wong tidak mendedahkan perbualannya bersama Datuk Seri Dr KK Chai kepada umum.

Artikel berkaitan: Tular Jual Stoking Tulisan Kalimah Allah, KK Super Mart Mohon Maaf & Henti Penjualan

Artikel berkaitan: Isu Stoking Kalimah Allah: Polis Serbu Kilang Di Batu Pahat, Rampas 5 Pasang Stoking

Firdaus melalui Instargam miliknya memberitahu pemilik kedai serbaneka tersebut meminta maaf atas apa yang berlaku dan sedang membuat perancangan lebih lanjut tentang isu stoking yang tular itu.

Beliau meminta maaf di atas apa yang telah berlaku & menjelaskan situasi serta apakah perancangan mereka selepas ini kepada saya.

Dia juga memaklumkan kepada Datuk Seri Dr KK Chai tentang isu yang menyentuh sensitiviti agama dan bagaimana setiap Muslim menilai agama mereka.

Mungkin seseorang Muslim itu tidak begitu baik pengamalan agamanya tetapi apabila agama Islam dipermainkan & dihina mereka akan bangkit.

Firdaus Wong beri nasihat

Dalam pada itu, dia telah memberikan cadangan serta nasihat dan ianya tidak dikongsikan kepada umum untuk memberi ruang kepada Dr KK Chai menyelesaikan isu yang tular itu.

Saya juga ada memberikan beberapa cadangan kepada beliau yang saya tidak akan kongsikan di sini lagi kerana beliau sedang fokus untuk menyelesaikan masalah ini.

Bagaimanapun, Dr KK Chai mengucapkan terima kasih dan akan mempertimbangkan cadangan yang diberi.

Beliau mengucapkan terima kasih di atas cadangan/nasihat saya & meminta sedikit masa untuk mempertimbangkan cadangan saya. Saya hanya mampu mencadang dan menasihat, selebihnya terletak kepada beliau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong)

Harap isu macam ni tak berlaku lagi..

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.