Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mendedahkan seramai 430,000 individu culas dalam membayar semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata individu menamatkan pengajian tidak pernah membayar pinjaman berjumlah RM6 bilion.
Artikel berkaitan: 430,000 Orang Peminjam Tak Bayar Hutang PTPTN
Artikel berkaitan: “Nak beli apa-apa, beli terus” – Khairul Aming Dedah Cara Urus Kewangan, Pesan Tak Perlu Berhutang
Malah ada antara mereka yang menamatkan pengajian sejak puluhan tahun lalu, tetapi tidak pernah membayar semula pinjaman dan jumlah tersebut sentiasa meningkat saban tahun.
Menurut laporan Kosmo!, ramai netizen yang kecewa dengan segelintir individu yang culas dalam membayar pinjaman tersebut.
“Jangan malas sangat bayar hutang PTPTN RM50 sebulan pun cukup. Kesian pada peminjam baharu. Hutang tetap hutang, jangan culas. Beli (kereta) Honda boleh, bayar PTPTN tak boleh,” luah salah seorang netizen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa hampa mereka di media sosial dan berpendapat tindakan mereka itu membuatkan generasi akan datang tidak mendapat peluang yang sama seperti sebelum ini.
Dalam pada itu, Zambry menyatakan bahawa PTPTN sedang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam yang tidak bertanggungjawab ini.
Sumber: Kosmo!