in

Beli ‘Contact Lens’ Dari TikTok, Mata Wanita Ini Alami Kemerahan Teruk

ft lens beli kat tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan selain dijadikan satu platform untuk berhibur dan berkongsi isu-isu semasa, TikTok juga adalah satu platform online shopping dan harga barangan di sana dikatakan agak berpatutan jika dibanding di kedai fizikal.

Namun begitu, kita kenalah berhati-hati kerana ada kalanya barang yang dijual dengan murah itu kualitinya boleh diragui, misalnya wanita dari TikTok ini, difahamkan mengalami keradangan mata selepas membeli kanta lengkap dari TikTok Shop.


Artikel berkaitan: “Yang Dekat Mata Tu Apa” – Anak-Anak Mengusik Si Ibu Terlupa Letak Mana Cermin Mata

Artikel berkaitan: “Batuk dan mulut berbuih” – Budak Pengsan Lepas Telan Ubat Tamat Tempoh

Dalam video yang telah meraih lebih 5 juta tontonan dalam masa sehari, wanita ini menunjukkan keadaan matanya yang membengkak dan kemerahan teruk. Jelasnya lagi, keadaan semakin memburuk dan dia mengalami kepedihan di matanya.

@azulacinta

please do not buy contact lenses from tiktok shop

♬ original sound – Azula ✿ – Azula ✿

Bagaimanapun, wanita ini telah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan, dalam satu lagi hantarannya dia menjelaskan keadaannya dah semakin baik, biarpun masih ada rasa ‘menyengat’ di matanya. Doktor rumuskan bahawa matanya memang terkena infection daripada kanta lengkap yang dibeli di TikTok.

Wanita ini menegaskan bahawa dia sudah 11 tahun menggunakan kanta lengkap, maka dia dah mencuba berbagai jenis kanta lengkap di mana-mana cawangan yang ada menjualnya dan ini adalah pengalamannya pertama kali merasai kesan buruk sebegini.

Malah, biarpun dia pernah melakukan satu tabiat buruk di mana tertidur sambil memakai kanta lengkap pada suatu ketika dahulu, namun belum pernah di merasai kesan seteruk ini kerana dia memakai kanta lengkap tersebut kurang dari 8 jam.

Bagaimanapun, niatnya bukanlah ingin menutup periuk nasi penjual kanta tersebut, cuma dia menasihati orang ramai agar sentiasa waspada dalam membeli barang seperti kanta lengkap ini, kalau boleh dapatkan dari penjual yang sahih dan ada pengesahan daripada pihak berkuasa.

@azulacinta

Replying to @Ava_Peony thankyou everyone for all the well wishes ? i went to the doctor and he did say it is an infection caused by the lenses i purchased on tiktok & he gave me antibiotics ? moving forward, i will only be buying lenses from a licensed optometrist shop to prevent this to ever happen again and i hope you guys would take my advice as well ❤️

♬ original sound – Azula ✿ – Azula ✿

Selain itu, wanita ini turut bersyukur kerana ia tidak menjejaskan penglihatannya biarpun matanya begitu sakit pada ketika itu.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.