in

Beli Barang Kemas ‘Preloved’, Netizen Kongsi Pengalaman Seram Diganggu ‘Penunggu’

Seram Beli Barang Kemas Bertuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membeli barang preloved bukanlah satu perkara yang pelik untuk dibuat malah dengan kemudahan teknologi sekarang, korang sudah boleh beli barangan secondhand ini di platform seperti Carousell dan sebagainya.

Pun begitu, berhati-hatilah ketika membeli barang kemas yang pernah menjadi hak milik orang lain kerana viral pengakuan daripada beberapa netizen diganggu ‘penunggu’ barang kemas tersebut. Alamak! 


Gelang 1

“Mak baru beli gelang klasik di ArRahnu” 

Menerusi sebuah video di TikTok, seorang netizen menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang pesakit di Darul Syifa yang dikatakan telah membeli seutas ‘gelang klasik’ di ArRahnu.

Pesakit itu kemudian katanya telah diberi rawatan akibat menangis dan marah-marah dengan gelang yang dipakai, serta ustaz di sana juga cuba menanggalkannya kerana dikatakan gelang tersebut rupanya ‘bertuan’.

Kemas 1

“Beli sanggul lintang, rumah kena kacau” 

Selain daripada perkongsian di atas, netizen lain juga  berkongsi kisah seram yang dialaminya apabila terbeli sanggul lintang di aplikasi Carousell.

Selepas beli barang kemas tersebut, rumahnya dikacau apabila sering terdengar suara budak-budak berlari dan ketawa di ruang tamu pada waktu malam.

Kacau 1

Tak cukup dengan itu, ada juga berkongsi pengalaman terbeli barang kemas zaman nenek moyang seseorang sampai ternampak kelibat menyeramkan di kawasan tempat simpanan barang kemas tersebut.

Kacau 3

Kacau 4

“Barang klasik selalu ada pendamping atau saka” 

Susulan perkongsian itu, ramai yang mengingatkan agar mereka di luar sana berhati-hati jika membeli barang preloved klasik kerana disyaki kebanyakannya memang ada pendamping atau penjaga saka.

Kacau 6

Rahnu

Sebaiknya berhati-hatilah kalau beli apa-apa barang yang kita tak tahu siapa pemiliknya atau latar belakang mengenainya. Risau juga kena kacau dengan ‘penunggu’ ni. 

Baca: “Kelas perlu dikosongkan sebelum 5 ptg” – Kisah Tapak Seram Di UPSI, Pernah Temui 100 Mayat Manusia?

Upsi Sejarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.